Saturday, January 30, 2010

:: LaNteRa KeHiDupAnku ::

bismillahirrahmanirrahim..




Lautan samudera itu
sekali pandang genangan air damai
belaian angin hembusan indah
lentera sebuah kehidupan
Kadang kabus menjergah
kabus pandangan menongkah badai
timbul tenggelam tersedak
hingga kekuatan sepadu itu mulai luntur
hati bagai dihulur bisikan futur

tadahan itu mengikat sanubari
kekuatan datang dari Ilahi
robek kalam sepi
mulai sinar berseri
tatkala Redha mengetuk pintu hati
hadirlah bahagia belaian kasih Ilahi Rabbi
buat hambaNya yang sejati

[[sayapkehidupan]]

kejap nye masa berlalu..rasa baru 3 hari kat rumah..(T_T)..malam ni dah kena balik..adoi..apa2 pun kena hadapi jugak..yes..selamat datang midterm exam..selamat datang asaimen2..selamat datang kpd lain2 jugak..hihi..persiapan kena 100 peratus..sekarang ni baru (?)peratus ? [jawab dalam hati je..]

heningnya petang,seolah berduka pilu,mengiringi langkah syahduku..rindukah aku nanti pada senyuman-senyuman yang ditinggalkan..mimpikah aku nanti pada kenangan yang membuai perasaan...?

Wednesday, January 27, 2010

ma li rabbun siwah

bismillahirrahmanirrahim

hari ni terasa nak share nasyid best ni kat sini =)

video


Ma li Rabbun Siwah
Ghafarrun yamhuz zunub
Ma li Rabbun Siwah
Nurrun yahdil qulub

Ya Allah 'abdun kathuraz zunubi
Zaudat hauni qurubi
Minka ilaika ghurubi
Ya Allah la tahrimni naima
La tatrukni saqima
Ya mannanar Rahima

Ya Allah Antal 'Aliyul Qadirul 'Azimu
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu
Ya Allah Antal 'Aliyul Qadirul 'Azimu
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu

Ma li Rabbun Siwah
Rabbus sama'il udul
Yaghfiru min asoh
Wa Huwal Halimur Rauf

Ya Allah Rahmanulil Baraya
Ghafaru lil khataya
Wa Rajai huwa hudaya
Ya Allah irham dho'fi wa hali
Faqa zanbuh ihtimali
Faghfirli Ya Zaljalali

Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahimu
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu
Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahimu
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu

.................................

Yang ni untuk terjemahannya pula

Tiada bagiku tuhan selainNya
Pengampun Penghapus dosa
Tiada bagiku tuhan selainNya
Cahaya Penyuluh hati

Ya Allah hambaMu yg banyak dosa
tambahkanlah pengahmpiran
dariMu dan kepadaMu penghampiranku

Ya Allah jagan Kau putuskan rahmatMu
jangan biarkan aku selamanya dalam keresahan
Wahai Pengasih Wahai Penyayang


Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui

Tiada bagiku tuhan selainNya
Tuhan Mendengar Rintihan syahdu
Wahai yang mengampuni aku pada segala dosaku
Dialah yang Maha Santun lagi Mengasihi

Ya Allah kasihanilah pada kecelaanku
ampunilah pada kesalahanku
Pada segala keterlampauan dan Dialah penghidayahnya
Ya Allah belas-kasihanlah pada kelemahanku dan keadaanku
Aku merasakan dosaku semakin meningkat
Maka ampunilah aku wahai Yang Maha Mulia

Mohon maaf kalau ade tersalah terjemahannya..kalau ada sile tegur ye :)
Moga sama-sama dapat pengajaran dari makna liriknya..insyaAllah
Selamat menghayati :)

melatidaisy : boleh lihat di sini :)

Saturday, January 23, 2010

~ JiWa yAnG TeNanG ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

Wahai jiwa yang tenang
Jiwa yang penuh dengan senyum dan kasih sayang
Jiwa yang memberikan petunjuk kebenaran
Jiwa yang memberikan rasa kedamaian

Jiwa yang tiada rasa gundah
Tiada takut dan tiada khuatir

Jiwa yang penuh dengan kepasrahan
Jiwa yang penuh dengan tawadhuk
Jiwa yang penuh dengan pengharapan

Jiwa yang penuh rasa syukur dengan apa yang telah diberikan
Jiwa yang penuh kesabaran dengan apa yang telah menimpa

Wahai jiwa yang tenang
Tiada Rasa takut dan Tiada Gundah

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

.....................................

sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, jiwa yang tenang sudah tentu menjadi impian setiap insan, dalam mencapai jiwa yang tenang kita hendaklah kembali merenung ke dalam diri kita, di mana dalam diri manusia terdapat dua unsur utama iaitu roh dan nafsu. Roh dan nafsu inilah yang akan menentukan keadaan jiwa serta emosi kita.Di sini saya ingin kongsikan tiga keadaan atau 3 kelas jiwa manusia, di mana setiap kelas jiwa berbeza keadaanya berdasarkan peranan roh dan nafsu ;

Pertama :

Jiwa orang yang rohnya sentiasa berorentasikan zikrullah
.
iaitu sentiasa meletakkan roh berada di atas nafsu atau roh yang menguasai nafsu.


firman Allah yg bermaksud :

""(iaitu) orang yg mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." [Ali-Imran : 191]

subhanallah, alangkah beruntungnya kita jika dapat memikirkan kekuasaan Allah dalam tiap waktu dan saat, dalam tiap gerak dan tingkah..antara hennak puasa sunat ataupun mengikut nafsu makan, antara berada di bilik untuk study ataupun meluangkan waktu untuk ke ta'lim-ta'lim mahupun kuliah2 agama, yang mana jadi pilihan kita, jika kita sentiasa memikirkan kekuasaan dan ganjaran-ganjaran Allah, sudah tentu keinginan berpuasa sunat akan mengatasi nafsu makan.kerana hamba-hamba yang berjiwa tenang pasti akan sentiasa merasakan kebersamaan dengan Allah, berlumba-lumba untuk mendapatkan keredhaan dan kasih sayang Allah.

firman Allah yg bermaksud :

"wahai jiwa yg tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha dan diredhaiNya..maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu..dan masuklah ke dalam Syurga-Ku" [Al-Fajr : 27-30]

ke dua :

Jiwa orang yang rohnya berorentasikan akal
.
iaitu bila roh dan nafsu sentiasa tarik menarik
.

Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang beriman lalu kafir, kemudian beriman (lagi), kemudian kafir lagi, lalu bertambah kekafirannya, maka Allah tidak akan mengampuni mereka,dan tidak (pula) menunjukkan mereka jalan (yang lurus)..Khabarkan lah kepada orang2 yang munafik bahawa mereka akan mendapat ganjaran yang pedih" [An-Nisa' : 137 & 138]

Orang-orang dalam golongan ke dua ini mempunyai jiwa yang bersifat lawwamah (نفس اللوّامة). Ini adalah kerana roh dan nafsu yang ada dalam setiap diri anak Adam adalah sentiasa bebolak balik dan tidak tetap.Lantaran itu wujudlah manusia yang seperti mana telah dijelaskan dalam ayat di ats di mana manusia itu beriman dan kemudian fasik, dan beriman lagi namun kembali fasik. Kerana roh nya berorentasikan akal di mana akal tersebut yang membezakan tentang baik dan buruknya sesuatu perkara.Permasalahannya adalah dalam hati itu sendiri wujudnya nafsu, maka haruslah diingat bahawa tidak semestinya keputusan yang dibuat oleh roh yang berorientasikan akal itu tepat, kerana mungkin akal juga telah dipengaruhi oleh nafsu.


ke tiga :

Orang yang Roh mereka berorentasikan syahwat.
iaitu nafsu yang sentiasa merajai diri mereka.

Firman Allah yang bermaksud :

"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang " [Yusuf : 53]

Roh atau jiwa dalam kategori ini sentiasa membawa diri ke arah kejahatan (الأمّارة بالسوء) kerana sentiasa meletakkan nafsu di hadapan.


Maka wahai diriku dan sahabat2, muhasabahlah diri kita dan renungkan kembali di dalam kelas manakah jiwa kita berada..namun Allah telah berjanji bahawa hanya jiwa-jiwa yang tenang akan merasai nikmatnya syurga. Semoga Allah merahmati dan mengasihi kita semua.


Thursday, January 21, 2010

الحمد لله

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah..sekarang baru terase ruh nak balik kampung..padahal tiket dah lame dalam tangan, bukan ape, pagi tadi saya ada mid term exam utk subject introduction to history..salah satu subject dari kuliah ilmu wahyu dan sains kemanusiaan yang pelajar jabatan b.arab wajib ambil..so selagi exam tu tak selesai memang hati tak tenteram, nak menikmati rase gembira utk bercuti pon x lepas..kesimpulan exam tadi..blink2 la jugak..hehe..alhamdulillah..boleh la..cuma..cuma..tang soalan objective tu madam terlalu mengelirukan saya..[hehe, madam lak yg salah..:)]..soalan essay and short note alhamdulillah..moga-moga result nanti tak mengecewakan saya..amin..

makin rindu pulak kt rumah..kat ummi abah n adik-adik..malam ni saya,kak long and baby [dalam perut kak long:)] akan brtolak balik, menaiki bas ekspress sani dua tingkat..terkejut jugak bile kak long beli tiket tu (sbb kejadian kemalangan di perak hari tu),tapi rileks je la..tak nak fikir bukan2..mudah-mudahan semuanya selamat..bukan saya tak biasa, memang selama ni saya antara pelanggan tetap sani ekspress sebab bas tu boleh dikatakan cukup menitik beratkan keselesaan penumpang..dan lagi satu bas tu ade seat single :)

erm..cepat sangat masa berlalu, sedar-sedar uia dah cuti mid sem..midterm exam baru 1 subject yang berlalu..bermakna yang lain2 subject tu buka cuti ni baru exam..bermakna tiada makna la cuti saya ni..(T_T)..kena angkut buku2 yang nak kena baca kat rumah naik bas..plus dgn asaimen2 yg best dan menarik..[serius asaimen2 sy sem ni sumenye best2..hihi]..harap-harap kt rumah nanti sy tak lupa diri..biase lah kalau dah kt rumah faham-faham je la :)..

'ala kulli hal yg penting dapat balik jumpa ummi abah..itu yang penting..nak balik cas bateri semangat, kadang-kadang bateri semangat makin lemah lak sekarang ni..so kena la recharge..hehe..

kat sini melatidaisy nk berpesan kepada sahabat2 uia terutamanya akhawat/sisters agar sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri terutamanya ketika di mahallah, sbb saya dapat berita 2 hari lepas jam 2 a.m ada seorg penceroboh yg dipercayai mrupakan seorg penagih dadah telah menceroboh masuk mahallah Ruqayyah..kt blok saya lak tu..huhu.."lelaki" tu siap naik level 2 lagi..nasib ade sister yg bertindak cepat call Dr.Feham (our princple)..
aduh..kat hostel sendiri pon tak selamat..memang trauma kejap bile dapat berita tu, nak keluar pergi toilet malam2 pon seram..nasib baik malam ni balik..lega alhamdulillah :) setakat mana kesahihan cerita ni wallahu a'lam..tapi seeloknya kita beringat :)

need 2 pen off dulu..sekian saje coretan melatidaisy utk kali ini..ilalliqok .. wassalam ^_^


Doa ketika bermusafir (Sumber Kitab Hisnul Muslim, oleh Syeikh Said bin Ali Al Qathani)

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، {سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي اْلأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَاْلأَهْلِ

Saturday, January 16, 2010

:: senyum ::


^_^ SENYUM BERSAMA MELATIDAISY ^_^


bibir mengukir senyum
hati berdendang ceria

senyum pun nak berjema'ah jugak..hihi
bahagiakan diri kita dengan
dengan membahagiakan insan-insan di sekeliling kita



ummi cakap saya comel masa kecik2 dulu..hihi
senyum sampai tertutup mata !!!
comel sangat-sangat!!
[baby kat atas ni..not me!]
^_^

..........................................................

terhembus belaian kasihmu
tak kan terganti,
tak ada yang bisa sepertimu
aku di sini sendiri
berteman sepi
terpisah jarak kau dan aku
hanya bayangmu yang menemani

kau lah belahan jiwaku
kau lah curahan hatiku
kau lah cahaya hidupku
kau lah segalanya

rasa itu mungkin
akan hadir kembali
bila kau ada di sini
temanilah aku lagi


melatidaisy sedang dalam mode rindu pada ummi n abah,sebab tu jiwang skit =)
sayang dan rindu untuk ummi dan abah juga untuk Sang Pencipta yang menyuburkan rasa ini..
~ subhanallah ~

Friday, January 15, 2010

إنشاء الله - insyaAllah

بسم الله الرحمن الرحيم



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone

All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way

Insya Allah we’ll find the way

inshaAllah by maher zain

...........................................................................

listening to dis touching song make me drowning in my own world..

aku terus cuba bersuara

namun dihujungnya angin dingin menyapa

senyum bisu menjerat rasa

sayu mata menggugat jiwa

saat ukhwah diuji

aku harus berani berdiri

bukan berpeluk diri dan diam menyepi

it's not only about love

but it's about frenship that we'd hold it together..

sangat rindukan semua tentang semalam

maafkan saya dari awal hingga akhirnya..

insyaAllah we'll find the way..

-i miss my self in old times-


melatidaisy-salam sayang.

Sunday, January 10, 2010

syafakillah buat ukhti bella ~



bismillahirrahirrahmanirrahim..


pagi ini..saya sangat rindu..rindu pada guru-guru, rindu pada sahabat-sahabat, rindu pada bi'ah solehah di sekolah dan rindu pada tarbiyah dari ustaz ustazah dan akak-akak =) .. sangat banyak memori. tak terungkap untuk diluahkan..dua tahun menumpang kasih di bumi waqafan terasa bagai se abad..


teringat sangat ..


teringat pagi-pagi kat dewan makan, makan pun terkejar-kejar..sebab lepas tu terkejar-kejar nak ke open hall pula, untuk perhimpunan harian..kalau lambat potong markah rumah sukan..huh..assobiah rumah sukan memang kuat kat sekolah..buat something good, akan menyumbang kepada pertambahan markah rumah sukan, buat something bad, berkurang lah markah rumah sukan..it's not fair for orang yang penat-penat tambah markah sedangkan ada pihak lain yang sangat rajin menyumbang kepada pengurangan markah..hehe..kat situ lah concept of one for all, all for one memainkan peranan (^_^) ..on that time, concept satu malaysia belum diperkenalkan :)


teringat saat berjema'ah di musolla saidatina khadijah or kadang-kadang di musolla al muqorrabin..kalau waktu maghrib, ada geng JAKSA (jawatankuasa solat awal), sape datang lambat ke musolla nama akan di ambil..kalau nama dah penuh dalam buku JAKSA tu ada la mu'aqobah menanti..basuh sejadah berjama'ah ke..hihi..(^_^) pengisian antara maghrib dan isya' yang sangat best, kadang-kadang jemput ustaz bagi tazkirah, kadang-kadang tazkirah disampaikan oleh akak-akak senior, diorang sangat kreatif dalam menyampaikan pengisian, macam-macam modul dipraktikkan, kadang-kadang kitorang nasyid ramai-ramai, paling best kami alunankan doa rabitah ramai-ramai sambil ribat tangan..ohh..indahnya ukhwah..(^_^)


dan one thing yang saya amat suka di sana is muamalat antara pelajar muslimin (pelajar lelaki) dan muslimat (pelajar perempuan) insyaAllah sentiasa terjaga..sekurang-kurangnya bi'ah solehah itu mampu menolong kita untuk menjaga hati dan belajar dengan tenang..


banyak lagi memori yang terakam..kemas dalam kotak ingatan..kenapa saya sangat rindu dan mengimbau kenangan-kenangan ni is sebab kejap lagi saya akan jumpa sahabat-sahabat saya, yang ada di kalangan mereka dah empat tahun tak bertentang mata..


sebenarnya tujuan utama kami jumpa bukan untuk reunion suka-suka..tempat pejumpaan kami kejap lagi pun di PPUM (pusat perubatan universiti malaya)..untuk ziarah salah seorang rakan batch kami yang juga classmate ku, Ukhti Nabilah Huda bt Mohd Zaim..sahabatku yang amat tabah ini sedang bertarung melawan sakit leukemia sejak setahun yang lalu..pengajiannya di Jordan di tangguhkan sementara waktu..insyaAllah next week bella (kami panggil die bella) akan menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang, dan penderma sum-sum tulang baru itu adalah adik bella sendiri, si kecil Asma'..subhanallah, saya sangat kagum dengan ketabahan bella sekeluarga, lagi-lagi kekuatan bella sendiri..dengan trademark "bella spirit"dari zaman sekolah rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi di sebaliknya..perencanaan Allah terhadap perjalanan hidup hamba-Nya..ku doakan sahabatku ini sentiasa diberi kekuatan dari-Nya untuk terus bertahan melawan sakit..juga doaku untuk si kecil asma' yang baru berusia 7 tahun semoga Allah mengganjari pengorbananmu untuk kakak tersayang..kekuatan bella sekeluarga sangat saya kagumi, dan sesungguhnya hanya Allah yang membekalkan ketabahan hati dan kecekalan jiwa terhadap keluarga bella, Ya Allah..Kau ampunilah mereka dan Kau suburkanlah rasa keimanan dihati mereka, agar mereka sekeluarga kekal tabah dengan ujian-Mu..semoga mereka sekeluarga bertemu di jannah-Mu..amin..


akhirul kalam,


buat ukhti tersayang,


untaian doa ku kalungkan dan kusamadikan dalam sujud terakhirku, moga Rahmat Ilahi sentiasa menaungimu..


Imam Abu Abdullah mengatakan sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu baru dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W : “Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Tuhan menuliskannya sebagai kebaikan ataupun dihapuskannya segala kesalahan.”


semoga ukhwah fillah ini menjadi tiket untuk kita ke jannah

Saturday, January 9, 2010

Soalnya Siapa Kamu ??


“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan yang terlupa dirinya sedang bercakap dengan ‘ustaz’.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.


SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.



UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.


FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

sumber : saifulislam.com

Friday, January 8, 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Kota Constantinople




HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
________________________


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.


Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.



PENGENALAN


Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.



PENDIDIKAN


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.



KEPERIBADIAN


Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerjaBaginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.



PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE


Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.



MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE


Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak


Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.Bantuan Dari Pope VaticanPope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung


Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota


Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.



Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.


Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar!



PENAWANAN CONSTANTINOPLE


Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.



SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
______________________
ikhwati wa akhawati fillah, kitalah mata rantai yang meneruskan perjuangan mereka..adakah kita telah memainkan peranan kita sebaiknya? adakah kita benar-benar mengerti peranan kita?"inni jaa'ilun fil ardhi khalifah" ..sesungguhnya aku diciptakan dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah..malangnya ramai antara kita yang kurang menghargai kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada kita di mana diciptakan manusia di dunia ini sebagai sebaik-baik kejadian..mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mencari dan menyebarkan kebenaran..semoga mendapat mardhatillah.. redha di sisi-Nya..

Thursday, January 7, 2010

titian kehidupan





akal
memberikan pertimbangan


pertimbangan memungkinkan keputusan

keputusan menyerlahkan ketentuan

dan ketentuan akhirnya

melahirkan sebuah pengalaman..



Monday, January 4, 2010

:: uzlah ::



Bayi lahir

keluar dari tembuni rahim


memikul satu tujuan..


Amanah Allah perlu dipatuhi


kebahagiaan hari muka..



kehidupan

umpama sebatang lebuh raya

walaupun rata

tetapi petaka sedia menanti

jika tidak berhati-hati..

kerana itulah

kaki yang melangkah

perlu tahu bumi yang dipijak..





kelahiran bererti putih

suci dari dosa

dan kita mewarnakannya
diri kita
adalah rohani kita

tetap sendiri memilih jalan hidup

kita akan ditinggalkan

mewarnai hidup

dan kemudian beruzlah
ke dunia fana

Saturday, January 2, 2010

10 MUWASOFAT TARBIYAH



bismillahirrahmanirrahim..
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’


1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

* Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
* Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
* Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


Pendetailan Ciri:

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma'thur
Tidak berhubung dengan Jin

Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur

Tidak meminta bantuan dari simati

Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt



2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

* Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
* Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
* Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).



Pendetailan Ciri:

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna

Sangat menghargai solat berjemaah

Sangat suka berjemaah di masjid

Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat

Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan

Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah

Khusyuk ketka membaca al-Quran

Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

Menjauhi dosa-dosa besar

Sentiasa membaca zikir pagi

Sentiasa membaca zikir petang

Mengingati Allah swt pada setiap situasi

Menunaikan Nazar

Menyebarkan Salam

Menahan anggota dari perkara haram

Beri'tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

* Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.



Pendetailan Ciri:

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian

Tidak menipu

Tidak mencaci

Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat

Tidak berdusta
Tidak mengejek

Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda

Menghormati orang yg lebih tua

Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia

Menutup dosa orang lain

Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

* Walaupun kaya, perlu bekerja.
* Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
* Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
* Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
* Menjauhi riba dalam semua lapangan.
* Menyimpan untuk waktu kesempitan.
* Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
* Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



Pendetailan Ciri:

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba

Menjauhi judi

Menjauhi penipuan

Menunaikan zakat

Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

Memelihara harta awam

Memelihara harta peribadi



5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

* Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
* Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
* Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
* Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



Pendetailan Ciri:

Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

Memelihara hukum-hukum tilawah

Menghafaz setengah dari hadith 40

Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa

Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

Mendengar dengan baik

Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

* Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
* Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikanân
* Pesanan al-Banna:

Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan



Pendetailan Ciri:

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih

Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

Tidak berjaga malam berlebihan


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)


* Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
* Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
* Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


Pendetailan Ciri:

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

Meninggalkan tempat-tempat maksiat



8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

* Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
* Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.."Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia"



Pendetailan Ciri:

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu'nihi)


* Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
* Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



Pendetailan Ciri:

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


10. Berguna untuk orang lain. (Nafiâun li ghairihi)


* Da'i umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
* Da'i adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
* Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
* Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.



Pendetailan Ciri:

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan

Membantu orang-orang yg memerlukan

Membimbing orang yang sesat

Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

SUMBER: