Monday, May 31, 2010

Israel laknatullah !! Ihzim hum ya Allah !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

sama-sama kita panjatkan Doa Qunut Nazilah dalam solat fardhu untuk barisan pejuang-pejuang Allah, saudara-saudara seislam kita yang menyertai Konvoi Kemanusiaan Lifeline 4 Gaza yang sedang berdepan dengan serangan tentera-tentera Israel laknatullah..


Ringkasan tatacara melakukan Qunut Nazilah

a) Boleh dilakukan dalam setiap solat fardhu
b) Dilakukan pada rakaat terakhir
c) Sebelum atau selepas bangun dari ruku'

Jika sebelum: Selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah yang lain, terus angkat tangan dan baca doa Qunut Nazilah.


Jika selepas Ruku': Bangun i'tidal, selepas itu angkat tangan dan berdoa [macam ketika Qunut Subuh]


DOA QUNUT NAZILAH




Ya Allah

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu

Di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu

Daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka

Goncangkanlah pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum

Wahai Tuhan yang bersifat Murka

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab

Wahai Tuhan yang menggerakkan awan

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al ahzab

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Dan menangkan kami ke atas mereka !

Ameen..



semoga mereka yg syahid tenang di sana bersama para Syuhada'
Hanya doa yang mampu kita panjatkan :(
semoga usaha kecil ini bernilai di sisi-Nya...

...........................................................

"seringkali hati tercari-cari erti sebuah kehidupan..seringkali jiwa tergesa-gesa membandingkan kenyataan,sehingga kadang-kadang menjadikan diri alpa tentang sebuah ketentuan..yang sebenarnya Dia Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya yang sedikitpun tidak mampu kita bayangkan.. Apatah lagi untuk disesalkan.. "

wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya..sodaqallahul 'azeem..


~melatidaisy~

Sunday, May 30, 2010

:: aku hanyalah seorang hamba ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira' ?" (Humaira' adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Renung-renungkan lah.. semoga kita semua beroleh manfaatNya...

~melatidaisy~

Tuesday, May 25, 2010

'afif yang khalah rindu ...

بسم الله الرحمن الرحيم


'afif di usia 23 hari

baru beberapa hari anak buah kesayangan saya pulang ke rumah atuk dia di KB, khalah di sini dah rindu sangat dah..asyik belek gambar2 dalam laptop je..huhu

afif di usia 50 hari

'afif tersenyum macho (",)



afif genap 40 hari

nasib 'afif la dapat khalah yg suka pegang camera =)


afif di usia 44 hari

pagi2 lagi dah senyum tomey2..senyum tomey2 before ummi die pegi skolah



yang ni pun masa afif 40 hari

best nye die tido ...


ni aksi-aksi afif time baru bangun tido :)

khalah sayang afif...


i'm thinking of you my dear baby..

ewahhh..mcm sendiri punye anak plak..hehe..tapi memang seriously rase rindu sebab sejak bercuti kt rumah hari2 duk main dengan dia, bila umur afif 23 hari my kak long kena buat praktikum (walaupun masih dalam tempoh berpantang) selama sebulan di salah sebuah sekolah menengah berdekatan dengan rumah kami, jadi saya yang take care of him sementara akak sy ke sekolah.

Sekarang kak long dah abis praktikum dan dah abis tempoh pantang, so turn untuk balik rumah suami la plak.. bila ummi dan adik2 pegi skolah, abah pegi keje, sy sorang2 kat rumah, sunyi la jugak. sebelum ni bertemankan afif..takpe2, nanti bila khalah dah abis cuti, ummi afif pon dah abis cuti, kite akan duk same2 lagi kat gombak plak ye.. :)
[akak sy masih belajar sama2 dengan sy di uia]. mase tu hari-hari khalah bleh main dengan afif.. jangan boring dah la ye..hehe


afif with his ayah su, wafi adik bongsu sy ..


by the way,syukran untuk my dear ukhti deena atas hadiah ini.. sangat comel :) thanks akak !!



syukran juga untuk mr.cemomoi atas hadiah ini.. sangat kreatif :)
thanks !!


terima kasih atas ukhwah yang terjalin, semoga ikatan ukhwah keranaNya ini sentiasa di dalam keberkatan Yang Esa, juga buat sahabat-sahabat yang tidak jemu bertandang, saya amat menghargai kehadiran kalian dalam hidup ini.. jazakumullahu khairan jazaa'. :)


"Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita"


"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa." [
Sayyidina Umar Al-Khattab]


~melatidaisy~

Sunday, May 23, 2010

Biar Sedikit Asal Bahagia Dari Banyak Tapi Menderita

بسم الله الرحمن الرحيم



Allah memang mengkehendaki supaya kebaikan disebarluaskan, namun Dialah jua yang menciptakan cemuhan-cemuhan yang datang menerusi mulut manusia.

Dari seluruh umur anda maka yang dikira adalah umur yang membahagiakan, melapangkan, mententeramkan, dan bersedia menerima apa sahaja yang ditentukan buat anda. Namun rakus, tamak, dan sikap bongkak sungguh bukanlah kehidupanmu yang asli. Semua itu adalah lawan dari kesihatan, kebugaran dan kecantikan anda. Kerana itu berusahalah untuk mendamba redha Allah, menerima pembahagian, meyakini ketentuan, dan tidak bimbang menghadapi masa yang akan datang.


Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada orang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata, hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik.


Kalau tidak, maka jadilah anda seperti seekor lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula. Jika ia jatuh di atas tangkai, tidak memecahkannya; menyentuh nektar tetapi tidak melukainya, mengeluarkan madu dan tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Seakan-akan ia utusan kerajaan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung.


'Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, kerana mereka kembali dan mengadu hanya pada-Nya'

petikan dari : Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia [Dr. 'Aidh Al-Qarni]

Friday, May 21, 2010

my 2nd tag =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Firstly,thanks to sis tasha atas tag yang diberikan.. =)




3 names in your message inbox
Sakinah (my nice roommate when I was in matric)
Nurulain (my beloved coursemate)
Syukri (my beloved bro)


your main ringtone
river cruise


what you did at 12 last night?
ziarah blog sahabat2



who was the last person you went with? where?
With Ummi, hantar kakak angkat balik rumah die

the colour of t-shirt you are wearing now
green

the last thing you did
sweet corn..:)

3 of your everyday favourite items
So many =)

the colour of your bedroom
white + green

how much money in your wallet now?
coins je kot...hehe

how's life?
Seorang dayang terhormat di rumah (having my long semester break)
A baby sitter to my beloved nephew..tp baru je tamat kontrak semalam sbb dia akan balik rumah another atuk..sedihh :(

your favourite song
banyak n depend on lyric.. especially nasheed..

what will you do next weekend?
insyaAllah, ziarah sahabat yg akan pergi umrah

when was the last time you see your mom?
just a few minutes a go..


where is she now?
Here..tgh makan sweetcorn =)


when was the last time you talk to your parents?
Just now


who is the last person talked to you last night?
my kak long

the last suprise you got
2008.. two years ago..but still fresh in mind..hehe

last thing you borrowed from your friend
last month, kamus al khalil ain punye (final exam period)


who is your bf/ gf/ husband/ wife?
Allahu a'lam


what do you feel right now?
Macam2


wanna share with who?
Err…


who know your secret?
My kak long syg


they keep your secret?
insyaAllah..kan kak long kan?? Hee :)


are you angry with someone?
No ^_^


what do you order at McD?
sem lepas selalu sgt drive-thru ice cream choco top..kak long blanje =)


the last time you feel so sad?
Petang tadi.. a bit..


mahu tag?

Kak tQa
Muniey
Ukhti deena
Afeefah salihah
Cik zatil
Zatil
shazika

sudi2 la ye akak2 n adik2 sekalian :)

~ melatidaisy ~

Tuesday, May 18, 2010

Wahai Hati...

بسم الله الرحمن الرحيم




Wahai hati…

Mengapa masih berduka

Sedangkan beribu bintang masih berkerdipan

Mengapa masih bersedih

Sedangkan bulan tersenyum indah

: Terima kasih bulan dan bintang kerana
menerangiku dalam kepekatan malam :


Wahai hati…

Mengapa masih merintih

Membiarkan hati berduka sedih

Sepatutnya engkau bertasbih

memujiNya yang tak pernah letih

Kerana setiap hela nafasmu

Adalah bukti keagunganNya yang Maha Pengasih

: terima kasih Allah..
kerana mengizinkanku terus bertatih :


Wahai hati

Mengapa masih mengeluh

Sedangkan pelayaranmu masih jauh

Jangan berhenti, jangan kau labuhkan sauh

Biarpun menitis keringat dan peluh

Kerana tiap titisan yang gugur ke bumi

Bakal menyirami sekeping hati

Meneguhkan jiwa insani

: maka teruskanlah mengemudi bahteramu
menuju pulau redha :


Wahai hati..

benar ia pahit,

benar ia perit,

namun biarkanlah sahaja ianya berlalu

anggaplah semuanya sekadar bingkisan
saat meniti usiamu..

terimalah semuanya seikhlas jiwamu

teguklah kemanisan disebalik kepahitan yang terhidang

Ubati dengan redha..baluti dengan lilitan syukur..

.....................................................


“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” ( Ar-Rum:64 )

Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatiNya di hadapan kamu,kenalilah Allah ketika kamu senang, nescaya Allah mengenali kamu ketika kamu susah, ketahuilah pertolongan berserta dengan kesabaran, kelapangan berserta dengan keperitan dan bersama kesusahan mendapat kesenangan. [Riwayat At tarmizi]

~ melatidaisy ~

Sunday, May 16, 2010

:: SeLaMaT hARi GuRu ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru..sungguh syahdu bile terkenangkan kembali guru-guru yang pernah mendidikku sejak kecilku..pelbagai kenangan dan memori terimbau kembali, kenangan yang hanya tinggal kenangan yg menjadi hadiah sebagai bekal dalam perjalanan..

sungguh masa tidak dapat diundur kembali, namun jasa mereka jangan dilupai kerana martabat seorang guru amat mulia, apatahlagi Islam sendiri amat menyanjung insan yang mencurahkan ilmu.. Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka.

Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Terjemahan :
Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang." (Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi)

Muliakanlah guru kita, sentiasa menghormati dan mengenang jasa mereka dan yang paling utama sentiasa mendoakan mereka..Cuma itu yang termampu kerana sudah pasti tidak terbalas segala jasa mereka seperti mana jasa kedua-dua ibu dan bapa kita..

Ahmad, al-Tabarani dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada `Ubadah ibn Samit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bukanlah daripada umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dan mengasihi kanak-kanak serta mengakui hak orang yang berilmu di kalangan kita."

Selamat Hari Guru buat insan-insan yang pernah mendidikku,

  • Taski Abim, Besut
  • Tadika Kemas Kg.Raja
  • Sekolah Kebangsaan Kg. Nangka,Kuala Besut
  • Sekolah Kebangsaan Kg. Raja,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Center For Foundation Studies, IIUM, Petaling Jaya & Nilai
  • International Islamic University Malaysia, Gombak
dan teristimewa buat ummi dan abah yang mendidikku sejak lahirku :)

Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan pendidik2ku .. semoga Allah swt membalasnya dengan sejuta kebaikan ke atas kalian..ameen..

Selamat Hari Guru juga untuk sahabat2 blogger yang menceburkan diri dalam profession perguruan..semoga kalian terus diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden berkuasa

Jika hari ini seorang ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang peguan menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa ;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

[Usman Awang]


~jazakumullah khairan jazaa'~

malam tadi sy bersengkang mata membungkus mug2 utk adik2 sy hadiahkn pd guru2 diorg..maaf le adik2..kakakmu tak kreatif so x brape nk cantik..hehe ^_^

p/s : selamat hari guru jugak buat kak long tersayang [cikgu praktikum pun "guru" jgk :) ]

~ melatidaisy ~

Monday, May 10, 2010

:: buat cinta hatiku..ummiey tersayang.. ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Handmade mother’s day card for our beloved ummie :)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun : Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ke dua ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali. [ Luqman : 14]

Jazakalillahu khairan jazaa’ buat ummi tersayang .. Ummi..Sesungguhnya tiada kata-kata yang mampu dilafazkan setanding dengan jasa dan pengorbananmu selama ini demi melihat anak-anakmu membesar dengan bahagia menjadi muslim dan muslimah yang setia..Tiada hadiah yang selayaknya mampu ku hadiahkan padamu sebagai balasan jika di ukur dengan setiap titik susumu yang mengalir di dalam tubuhku..Setiap hari yang berlalu adalah hari-hari yang istimewa dalam hidupku..kerana aku masih memilikimu di sisiku..

Ummiku wanita hebat, ummiku wanita tabah, ummiku wanita perkasa, ummiku sayap terampuh untuk abahku ..ummiku yang membekalkanku dengan ilmu agama, ummiku yang tidak jemu mendidikku dengan pengorbanan dan airmata, ummiku yang tidak pernah lupa mengingatkanku tentang pahala dan dosa, ummiku yang memarahiku dan menegurku saat aku terlupa akan hukumNya, dan ummiku yang mengenakan pelbagai syarat kepada kami untuk menjadi anaknya yang berguna .

Kata ummi : “nak jadi anak ummi kena ikut peraturan ummi ”. Pernah suatu ketika dulu di saat aku masih mentah, hatiku memberontak dengan syarat-syarat dan segala peraturan yang dikenakan ummi, syaitan terus berbisik mengatakan akulah anak malang yang dikongkong ibuku sendiri. Namun hari ini, aku tersenyum mengenangkan memori lalu itu..kerana natijahnya aku amat-amat bahagia dan bersyukur dapat hidup di dalam peraturan-peraturab ummiku, Kerana apa yang di larang ummi adalah larangan-larangan Allah, dan apa yang disuruh oleh ummiku adalah suruhan-suruhan Allah, yang kadangkala kelihatan kecil di mata manusia tetapi di sisi yang Esa amat besar harganya.

Terima kasih ummiku atas didikan dan tarbiahmu yang sentiasa memagariku di sepanjang perjalanan hidupku menuju keredhaan-Mu..

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

Hadits di atas menunjukkan pada kita bahwa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya. Hal itu disebabkan seorang ibulah yang merasakan kepayahan mengandung, melahirkan, dan menyusui. Ibulah yang bersendiri merasakan dan menanggung ketiga perkara tersebut, kemudian nanti dalam hal mendidik baru seorang ayah ikut hadir di dalamnya. Demikian dinyatakan Ibnu Baththal rahimahullahu sebagaimana dinukil oleh Al-Hafidz rahimahullahu. (Fathul Bari, 10/493)

Betapa mulianya martabatmu ummi sehinggakan beberapa kali di sebut dalam Al-Quran dan Al Hadith..semoga ayat-ayat suci ini sentiasa segar di mindaku dan terus basah di hatiku agar tiada sesaat pun diriku lupa akan hadirnya dirimu duhai ummiku..

Dengan rasa cinta yang melimpah di kolam hatiku, inginku lafazkan berkali-kali dan tidak akan pernah berhenti, bahawa aku amat menyayangimu duhai ummi. Terima kasih kerana sentiasa hadir di saat diriku memerlukanmu, terima kasih di atas setiap ciuman dan pelukanmu yang sentiasa menghangatkan dingin hatiku.Terima kasih di atas titipan doamu yang tak pernah putus untuk anakmu..dan terima kasih kerana tidak pernah membuat diriku merasa kekurangan..

Ummi, sejuta kemaafan ku pohon darimu atas setiap kata yang mencalari hati, atas setiap perilaku yang mengguris naluri,redhakan setiap langkah perjalananku, halalkanlah setiap titisan susumu yang mengalir dalam diriku..juga segala ilmu yang tanpa jemu dicurahkan untukku.. sesungguhnya aku terlalu ingin menjadi puteri yang solehah untukmu…wahai ummiku..


Surprise for ummie dan kak long :)


Ummi..

Butir bicaramu

menolak resah yang membungkam jiwaku

Tutur nasihatmu ..

membangkit kembali semangat juangku

Tika ombak pilu menghempas pantai hatiku..

telah kau selami diri ini setulus hatimu

Telah kau temani

perjalanan hidup ini dengan redup kasihmu

Tanpa dirimu..

hari-hariku sepi membisu

Tanpa dirimu ..

terasa suramnya hidupku

Sesungguhnya ..

memilikimu..

adalah satu anugerah buatku..

.............................................................

Alhamdulillah, surprise untuk ummi dan kak long semalam berjalan dengan sempurna..:) Ya Ilahi..ku bermohon hanya pada-Mu..Kau ampunkanlah dosa ibuku, Kau ampunkanlah dosa ayahku, kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak kecilku..Kau limpahkanlah rahmat kasih sayang-Mu keatas kami..kekalkanlah dan peliharalah kebahagiaan ini..dan Kau tabahkanlah hati kami saat suratan-Mu berliku..dan Kau satukanlah kami sekali lagi di Jannah-Mu yang abadi..ameen ya rabbal ‘alameen..

~ SeLamAT hAri ibu bUaT uMmie dan kAk LoNg ~

dariku..melatidaisy..