Friday, June 25, 2010

~ setahun berlalu ~

بسم الله الرحمن الرحيم




Dalam tak sedar, rupanya sudah setahun saya berblog..saya post entri pertama saya pada 25June2009, last year, masih ingat lagi hari tu saya tiba-tiba terasa nak ada blog sendiri,masa tu theme colour nya hitam menawan..hihi..dan sampai sekarang saya masih menggunakan nama blog yang sama, "strive for mardhatillah" agar diri ini tidak lupa akan tujuan sebenar kehidupan dan agar saya sentiasa meletakkan keredhaan Allah sebagai asas dalam setiap apa yang saya lakukan..Itu doa saya..

Sebelum tu saya just baca orang lain punya je walaupun sebenarnya keinginan untuk memiliki blog sendiri sudah lama terpendam.Waktu tu saya dalam examination period untuk shortsemester, sempat lagi saya buat blog..hehe, shortsem tu saya ambik 2 subjects je so banyak jugak masa free (alasan) =)

Kenapa saya buat blog ? em, sebenarnya tiada alasan khusus,tengok orang ada so saya pun teringin jugak, lama jugak saya pendam sebelum terlahirnya blog melatidaisy ni sebab saya takut saya tak tau nak tulis apa dan nak share apa, paling saya takut kalau entri2 saya tak bawa apa-apa kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang lain,tambahan lagi saya bukan lah orang yang alim dan banyak ilmu, masih lagi merangkak mencari cahaya :)Namun hari demi hari saya update blog ni sampai lah sekarang, genap setahun..alhamdulillah, saya dapat sesuatu dalam dunia blog ini.. dan pada asalnya saya tak berapa suka hasilkan entri berbentuk luahan perasaan atau cerita peribadi tentang kehidupan, dat's why saya banyak copy paste kisah-kisah atau artikel-artikel yang dapat memberi peringatan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sudi bertandang..tapi tu la..kadang-kadang ada jugak yg terlepas..hihi..i'm just an ordinary person,got heart and got feeling ..sekali sekala (banyak kali rasenye) terluah juga apa yang terbuku dalam hati kecil ni..dan saya akui menulis dari hati lebih memberi kepuasan pada saya..alhamdulillah..

Di blog ini juga terjalin ukhwah dengan sahabat-sahabat maya semua, ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung, sejak awal hingga kini..sama ada meninggalkan jejak mahupun tidak..saya tetap hargai :) Doakan saya terus bersemangat untuk terus berblog lagi ye..tak lama lagi semester baru akan bermula namun inshaAllah laman ini tak kan saya abaikan dan laman kalian juga tidak saya lupakan :) Semoga ukhwah yang tesulam di sini terus mekar dan mendapat keredhaan dari-Nya sentiasa..ameen..

Banyak kenangan tercipta di sini, ada yang indah ada juga yang tidak,namun itulah pengalaman dan saya redha akan kemanisan mahupun kepahitan sesebuah pengalaman itu, apa yang pasti pengalamanlah yang akan menjadi panduan kepada saya,mendidik saya untuk menjadi yang lebih baik dan lebih kuat dalam meneruskan perjalanan.

Terima kasih sekali lagi untuk kalian, sahabat-sahabatku..maaf juga andai nya ada khilaf dalam kata selama kita di sini..salam ukhwah mahabbah lillah dari melatidaisy.

Barakallahu fikum jami'an. (^_^)

.......................................

Lembaran Hidup Seorang Wanita


Mampukah aku jadi seperti Khadijah

agung cintanya pada Allah dan Rasul

hartanya diperjuangkan ke jalan fi sablilillah

penawar hati kekasih Allah

susah dan senang rela bersama



Dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah

isteri Rasul yang bijaksana

pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan

tiada sukar untuk dilaksanakan

lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang



mangalir air mataku

melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah

akur dalam setiap perintah

taat akan ayahanda dan suaminya

yang sentiasas berjuang

tiada sebarang harta dunia

layaklah dia penghulu syurga wanita



ketika aku marah

ingin kuintip serpihan sabar

dari catatan hidup Siti Sarah

mampukah aku

menjadi wanita solehah seperti mereka?

mati dalam keunggulan iman

bersinar indah..harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah..



petikan dari Solusi (isu no.20)



Wednesday, June 23, 2010

Mengapa WANITA sangat Istimewa….

بسم الله الرحمن الرحيم


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…

ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”
masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..

bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..

ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit ….dengar suara papa berdengkur…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…

SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….

sumber dari email :)

p/s : hidup adalah perjalanan untuk mengenal apa erti tanggungjawab..setiap dari kita ada tanggungjawab tersendiri, bukan satu, bukan dua, tp banyak...kpd diri sendiri, kepada Dia, kepada alam dan kepada kehidupan..ya Allah,hanya kepada-Mu ku mohon kekuatan..hanya kepada-Mu kutagih harapan..yang terbaik bagiku di sisi-Mu dalam setiap ketentuan.ameen..


Sunday, June 20, 2010

"Father's Day" & "simcard baru"

بسم الله الرحمن الرحيم


ayah contoh !!

kindly click pause button on my music player first :)



see her father.. sangat penyayang kan !! :)

selamat hari bapa untuk bapa-bapa di luar sana especially for my abah sayang..semoga abah terus sihat dan bahagia di samping kami semua..

terima kasih abah atas kasih sayang yang tak bertepian !! no one can replace u in my heart.. semoga kasih sayang dan rahmat-Nya sentiasa mengiringi abah..

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia ~

........................

:: hadiah dari ukhti deena farhana ::



syukran jazilan untuk ukhti al ghaliyah sis deena farhana atas simcard baru ni.. kena cari handphone lagi satu la nampak nye.hehe.. time kasih daun keladi :))

semoga akak sentiasa tabah dengan segala ujian yang melanda, hadapi dengan senyuman kerana senyuman itu penawar...Allahu yubariku fiki daaiman ^^ syukran atas ukhwah indah ini..semoga ianya berkekalan meskipun hanya hamparan ini menjadi pengantara ..

erm..akhir-akhir ni dah jarang sangat jalan-jalan blog sahabat-sahabat,agak kebizian.2 hari lepas baru balik dari perak, alhamdulillah, seronok di sana..thanks a lot untuk sahabat saya, munie tersayang dan keluarga... dia ni sahabat baik saya zaman skolah dulu2.. roommate and studymate tapi bkn classmate sebab kami berlainan aliran..die la yang membanting tulang ajar saya subject add math (sgt2 lemah subject ni..hehe )

4 hari di sana juga telah membuatkan sy jatuh cinta pada tempe..sedap rupenye, nape la selama ni sangat sombong tak nak try :) .. tapi dalam seronok-seronok kat sane tetibe dapat berita adik saya masuk wad sebab demam panas dan ada jangkitan kuman dalam sel darah putih..so saya pendekkan percutian tu untuk balik awal, alhamdulillah adik saya dah selamat keluar hospital selepas 4 hari berkampung di sana..hari ni pun dia dah start bersekolah,syukur segalanya selamat :))


Sunday, June 13, 2010

Warkah Khas Buat Muslimat ...


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian kupanjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namanya kumulai suratku ini. Selawat dan salam kuhulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya kuatur risalah ini... khas untukmu wahai gadis!.....

Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Kuakur kekuranganku tentangmu, maka di awal suratku ini kususun sepuluh jari meminta maaf darimu, kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu, atau meleset daripada hakikat dirimu.

Aku tahu sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu. Bukan aku! Orang yang berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu, kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku. Sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apalagi mengkoreksi lahir batinmu.Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku di sini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering timbul tenggelam dalam benakku. Dan, kalau sesekali aku tersinggung tenang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu, atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima bukan?

Wahai Gadisku.....................

Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1.Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assiba’iy m/s15, riwayat Ahmad. Sering kali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!

Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan sering kali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Ah, aku kesal.

Wahai Gadisku............

Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima
angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta! Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad 'pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA dalam sebuah bukunya.... “cinta itu suatu penyakit.Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh!Ganjil bukan?”

Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta.Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “Mempertahankan hak peribadi”,katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di dada!

Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!


Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!

Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf (perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” .......... jangan-jangan dikau yang kucintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di dunia ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana selama-lamanya!

Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketikanafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadisku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas kesilapannya membuka gawang!

Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah.

Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuananmu di dunia sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.

Wahai Gadisku.........

Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada lagi payung selain payungNya.

Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi?Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat nanti.

Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.
Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu.
Dan biarlah kau juga seumpamaku.....

Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra’ atau Maryam Al-Butuul,atau Nasibah, atau Rabi’ah Adawiyyah, atau Zainab Al-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya.Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah ‘rupa paras’nya yang menawan.

Biar kupetik secebis ‘rupa paras’ mereka untuk modelmu.

Nama Rabi’ah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan ‘rupa paras’ berikut ini: ‘Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu,Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Wahai Gadisku..........

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat ‘malu’........ satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu dalam penjaranya. Malulah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu.Malu itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu.” Dengan kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu!

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa!

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Wal’iaazubillah!Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,di akhirat merana.

Wahai Gadisku..................

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyyah yang berupa paras
seperti kupaparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini.di sini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan ‘diet’ jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan
loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah
yang asli, bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidup dalam lingkungan syara’.
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan.


Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-upmu dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat.

Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.


Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu.

Antara bahan yang diperlukan ialah:


a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang
mulia.

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang
berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah.Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan.

Senjata lidah ialah bahasa.

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup
aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah ‘diet’ atau penjagaan
diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu, sesungguhnya serbat yang kukumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku..................

Buat akhirnya, jutaan kemaafan kupinta seandainya
surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini kesiapan yang tidak dapat kutemui. Besarlah harapanku daripadamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan....ingatlah bahawa:


“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin.” (An-Nur: 3)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).....” (An-Nur: 26)


Sekian, buatmu wahai gadis...........................


Penulis: MOHD NORDIN BIN JAAFAR

PERMATANG RAMBAI, PASIR PUTEH, Kelantan.

B.A (H) AL-AZHAR


Tarikh: 18 Nov. 1996,

Jam : 9.50 pagi


p/s: perkongsian dari email yg di forward oleh kawan sy, Munie (sahabat baik saya di Kisas). Lepas zuhur nanti saya akan bertolak ke ipoh perak (tumpang adik sy yg nak balik ke uniKL ipoh) dan kemudian menuju ke Teluk Intan untuk ziarah Munie..doakan perjalanan kami..syukran :))

Friday, June 11, 2010

pinjamkanku sekeping hati tabah milik mereka ...

بسم الله الرحمن الرحيم

saat ini
dingin embun melata
dalam hening malam yang gelita

hatiku terbang
jiwaku hilang
seolah menyisihkan jasadku sendirian
yang semakin terpencil di pinggir kenangan

bukan sengaja ku singkapkannya
dan aku tak pernah suka untuk mengingatinya
namun diriku hanyalah seorang peminjam..
sekeping hati yang rapuh
yang kadangkala sering tenggelam
di tengah kekaburan malam..

air mata ini,
yang sekali lagi gugur
adalah air mata penyesalan
Ya Ilahi..sujud taubatku pada-Mu Tuhan..

seringkali diriku di ingatkan akan makna redha dengan setiap ketentuan..aku pasrah..dan diriku percaya bahawa setiap babak dalam ceritera hidupku adalah suratan tanda kasih sayangMu buat hamba..agar bertambah iman, agar bertambah taqwa..ameen..






melihat video clip ini membuatkan hati bertambah hiba..malu pada diri sendiri..ya Rabbi,kecilnya ujian-Mu padaku bila dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi..ya Ilahi..pinjamkan ku sekeping hati tabah milik mereka.. (T_T)

Tuesday, June 8, 2010

Solat Subuh di Masjid (liciknya syaitan)

بسم الله الرحمن الرحيم

Solat Subuh di Masjid



Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke
rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, berjalan LAGI menuju masjid .


Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,

berwudhu dan berjalan menuju masjid .




Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.namun lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab :

Aku adalah IBLIS (syaitan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu..

syaitan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa-dosamu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan

bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.. .




sumber dari email :)