Friday, July 9, 2010

:: Di Mana Ada Kebahagiaan Di Situ Tercipta Kenangan ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Sudara Beach Resort,Pantai Tok Bali,Kelantan


Sudara Beach Resort,Pantai Tok Bali,Kelantan


Sudara Beach Resort,Pantai Tok Bali,Kelantan


Sudara Beach Resort,Pantai Tok Bali,Kelantan


Pantai Bukit Keluang,Besut,Terengganu


Pantai Bukit Keluang.Besut,Terengganu


Pantai Bukit Keluang,Besut,Terengganu


Pantai Air Tawar,Besut,Terengganu


Pantai Air Tawar,Besut,Terengganu


Pantai Air Tawar,Besut,Terengganu


Pantai Air Tawar,Besut,Terengganu


Pantai Air Tawar,Besut,Terengganu


afif kesayangan khalah at home sweet home


Padang Institut Perguruan Kota Bharu,Pengkalan Chepa,Kelantan


ASPURA, Sekolah Menengah Sains Faris Petra,Pengkalan Chepa,Kelantan


Home sweet home


Home Sweet Home

p/s: just sharing a part of my album sepanjang cuti yang kian bernoktah ini .. sebelum melabuhkan kembali sauh bahtera perjuangan di samudera harapan.

Tuesday, July 6, 2010

:: clueless ::

بسم الله الرحمن الرحيم


kenape saye tak leh publish comment kawan2 saye??


Salam alaik buat kalian,

first of all saya nak ucapkan terima kasih buat teman-teman yang sudi tinggalkan komen di entri saya yang sebelum ni "dari saya untuk kalian" .Terima kasih juga sebab sudi terima buah tangan dari saya yang tak seberapa tu, semoga ia menjadi kenang-kenangan buat kita semua sebagai tanda ukhwah yang terjalin.

dan maaf sebab saya tak dapat publishkan komen2 kamu semua,entah apa masalahnya saya sendiri buntu.Selama ni saya memang prefer comment moderation, sebab senang saya lebih senang untuk saya notice komen-komen terbaru dari sahabat-sahabat, so setiap hari saya sign in blogger dan nampak ada komen2 to be moderate kat dashboard saya.Tapi entah angin apa malam tadi saya rasa nak tukar selera, saya provide email so that saya akan dapat notification tentang comment-comment thru email dan approve terus untuk publish once lepas baca comment tu dalam email inbox, tak perlu saya tengok kat dashboard macam selalu.

malangnya beberapa comment je yang dapat publish,lepas tu comment2 lain da start problem,once saya click publish dia cakap 'unable to complete your request'. Saya cuba lagi dan try approve di dashboard jugak,but then still sama, dah click publish tapi semuanya tak appear kat ruangan komen..sebab tu komen2 anda semua takde kat entry, bukan saya tak nak approve tapi memang tak dapat..sorry..sedih la jugak sebab tak dapat publish and reply, dah buntu tak tau nak buat apa,apapun saya masih dapat baca komen2 kamu semua di inbox email saya, so gembiralah jugak ;) ada jugak sorang yang request saya publish pict motor kesayangan saya yg jadi kenderaan saya kat uia..hehe..inshaAllah ada kesempatan nanti saya wat entri pasal motor saya ya (^_^)

sekarang saya dan tak guna comment moderation lagi dah, so feel free to visit me and drop comment k, anyway thanks a lot again to all for the comments..i appreciate it :) saya abadikan dalam email inbox saya ye..saya tak nafikan yang komen2 anda semua adalah nadi kepada blog saya, jazakumulullahu khairan jazaa'.

erm, tadi buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun saya tak ambil ubat batuk akhirnya minum jugak, tu pon lepas kena paksa dgn ummi, sebab batuk saya makin teruk, lagi2 dah dekat dua minggu sy batuk (actually salah sy sbb tak pantang ais n durian..hehe).. But then kali ni saya betul-betul taubat, nk pantang, lagipun tak lama lagi start kelas, amat malu la kalau batuk kuat-kuat dalam kelas..na'udzubillah..hopefully sy sihat before start new sem ni..amin3..

lastly saya nak introduce housemate saya nanti, saya tak stay kt hostel utk semester akan datang ni, tapi rumah sewa.


ni la housemate saya nanti.. saya sayang sangat-sangat budak kecik comey ni :)

till then..semoga kalian dirahmati Allah selalu,

ma'assalamah wa ilalliqa'

(^_^)


Monday, July 5, 2010

:: dari saya untuk kalian ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam to all..
esok dah 6hb Julai, tak lama lagi 12hb Julai saya akan memulakan semester baru bagi tahun ke 3 pengajian saya di uiam.
Dalam tak sedar rupanya dah nak dekat 3 bulan saya bercuti di rumah,tempoh yang sangat lama sebenarnya tapi macam biasa la, rasa cam tak cukup puas je..belum puas jalan2 kat pantai..hehe..lagi-lagi sekarang ni musim durian, kat rumah saya boleh kata hari-hari ada je durian yang ummi atau abah bawak balik, saya yang dah dekat 2 minggu batuk ni tak tahan godaan,sepatutnya kalau nak sembuh tak boleh makan durian tapi mane la nak tahan,feveret tu..alasan saya, kat gombak nanti da susah nak makan..ummi pon sambil2 membebel tengok je sy makan, takde plak dia ambik durian tu bawak lari jauh2 dari saya (^_^).

Ok cukup cerita pasal durian, apapun cuti saya dah nak abis..sedihhh..good bye holiday..and yes UIA, i'm coming !! (hakikatnya dalam hati dah lama rindu uia)

jom saya bawak kamu semua jalan2 uia ye :)



ok, ni pemandangan dari pintu masuk utama uia time malam, actually bangunan ni adalah admin building, kalau masuk pintu tu jalan terus akan terus sampai ke masjid uia, right wing n left wing pula ada bermacam-macam office.


ok, ni pulak pemandangan dari ruang udara uia, gigih saya saya sewa heli semata-mata nak share ngan kamu semua view ni..[sile jangan percaya] :)

dan ini lah masjid uia atau nama betol nya Sultan Ahmad Shah Mosque,erm, masjid ni la konon-kononnya Universiti Al Azhar tempat Aidil blajar dalam cerita Nur Kasih tu..Uni. Al Azhar cap Gombak..hehe..tapi memang masjid ni cantik, 3 level semuanya, kalau hari jumaat time2 nk solat Jumaat memang penuh dengan muslimin, sebab jama'ahnya bukan sahaja warga uia tapi juga orang-orang luar yang tinggal berdekatan, termasuk adik-adik SBPI Gombak.


Ini pula main entrance untuk ke fakulti atau kuliah saya, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (irkhs). Takde perkataan Bahasa Arab pun kan? Actually Jabatan Bahasa Arab ada dalam fakulti ni la.Bangunan ni fames dengan nama HS building dan kebanyakan daripada kelas-kelas saya memang kat sini, walaupun ni main entrance nya tapi saya tak selalu guna sebab banyak lagi laluan lain..Fakulti IRKHS ini adalah fakulti terbesar di uia sebab banyak jabatan under fakulti ni, termasuk Bahasa Inggeris, Quran Sunnah, Political Science dan macam-macam lagi.



Ok, kalau gambar tadi main entrance yang ni pula saya kira sebagai pintu belakang kuliah saya la kot.Kat area ni pon cantik sebab ada kolam kat tengah2 n sometimes ada air pancut.Ni nama nya HS Squere, Tapi kadang2 airnya kotor dan paling best sebab ade biawak..huhu..penah je time saya tunggu nak masuk kelas tetiba ade biawak merangkak-rangkak nak masuk kelas jugak, apa lagi abis la kecoh kat situ, nasib baik ada sorg brother jadi hero kejap,halau biawak tu balik ke kolam, kelas dia kat situ tapi tersesat agaknya gi naik atas..hehe

Ini KAED building atau yg sebetulnya bangunan Kuliyyah of Architecture Environmental Design.Saje saya selitkan pict fakulti saya suka bangunan ni, senibina yang amat mengagumkan saya,kadang2 sambil bawak motor mata saya tertoleh2 tengok bangunan ni, macam x puas,tengok tapi agak membahayakan diri la jugak :)


Ini lagi gamba Kaed Building jugak..dari tepi..cantik kan??
ok la, cukup cerita pasal uia, maaflah tak ada gamba kuliah lain, saya tunjuk kuliah saya je dan KAED kt atas ni sebab sy suke design nya :)

Jumaat ni saya akan bertolak ke Gombak untuk meneruskan perjuangan saya di bumi taman ilmu dan budi, uiam..dan perjuangan saya kali ni mungkin sedikit berbeza namun semua nya saya terima sebagai cabaran dan saya harapkan ia akan menjadi satu titik tolak dalam diri saya untuk memulakan langkah baru.Saya tak nak lagi menoleh ke belakang, cerita-cerita semester lepas yang suka jadikan kenangan, yang duka ambil pengajaran.Saya akui yang saya melalui detik getir saat menghadapi final exam semester lepas, sangat-sangat mencabar jiwa saya, mujur ada kak long dan 2 3 orang sahabat baik untuk saya menumpang bahu.Sesungguhnya saya amat bersyukur di anugerahkan kak long dan teman-teman yang berbudi, yang setia menemani dan mengubati..terima kasih untuk kalian.Ok..tutup cerita sedih episod hitam itu.Saya cukup sakit bila ingat kembali.titik.

.........................................


alhamdulillah akhir-akhir ni rezeki saya murah sangat, award datang bertubi-tubi
eheh..cam x kena je ayat ;)

apapun setinggi terima kasih untuk sahabat-sahabat yang sudi menganugerahkan saya award-award berikut ;

ni award dari kak ATEH QSHE

thanks akak :)


ini pula award dari Si para-para dan Hasrul Nizam
terima kasih :)


Si para-para dengan murah hatinya telah hadiahkan saya 2 award termasuk yg kat bawah ni.. syukran ya :)


dan ini award dari Akh Abd Razak , syukran akh utk award cantik ni :)

terima kasih sekali lagi buat sahabat-sahabat yang sudi hadiahkan saya award2 tadi, semoga ukhwah kita di sini akan membawa seribu rahmat dan mendapat keberkataNya.

............................................

selama ini saya asyik pas2 kan award orang lain je untuk sahabat2, dan saya memang dah janji dalam hati yang sebelum berakhirnya cuti panjang saya di rumah ni saya nak tinggalkan buah tangan istimewa untuk sahabat-sahabat sekalian, dan semua follower2 saya..ewah, macam beribu je bunyi nye.hehe

buat kalian semua, sudi-sudikan lah diri menerima hadiah yang tak seberapa ini, ikhlas dari saya sebagai tanda ukhwah kita di alam ini..sesungguhnya mengenali kalian adalah anugerah dan kenangan indah dalam hidup saya.


Dan saya doakan semoga ukhwah ini membawa kebaikan dan manfaat buat semua dan semoga berjalan seiringan dalam menggapai redha Ilahi..inshaAllah

akhirul kalam, salam sayang dan salam ukhwah fillah untuk kalian semua

(^_^)

wassalam


Sunday, July 4, 2010

oRanG iKhLaS TeRtiNdAs ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

p/s : perkongsian dari Genta Rasa

Thursday, July 1, 2010

:: Luasnya Neraka ::

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami inginkan syurgaMu YA ALLAH, kami tidak sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


...: Luasnya Neraka :...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

sumber : perkongsian dari Ukhti Syauqah Mujahidah