Tuesday, August 31, 2010

SeLaMaT hARi LaHiR bUaT BeLoVed kAk LoNg !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Abdullah 'Afif yang semakin comel dan pandai :)

Alahai..macam dah kekok nak menaip kat sini sebab dah lame sangat tak update..walaupun hati meronta-ronta nak blogging macam dulu, macam time cuti 3 bulan kat rumah hari tu, tapi apakan daya, tidak berkesempatan..busy dihimpit dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang datang dan pergi..tambah-tambah lagi kat rumah sewa tak dapat coverage 3G celcom, dah said good bye kat broadband tu..huhhukk

Pejam celik pejam celik perjuanganku di uia untuk semester ni dah pun masuk minggu ke 8.. dah 2 bulan rupanye..kejap nye rasa..means dah 2 bulan jgk tak balik kampung..tak jumpa ummi abah.. Bila fikir 2 bulan tak balik kampung rasa lama la plak, tadi cakap kejap..aishh.. takpe2..sabar2..tak lame dah lagi.. lusa je pun..hehe..tiket pun dah selamat dalam genggaman.kota putra pun dah tak sabar menanti kepulanganku :)

Tengah seronok fikiran melayang nak balik kampung tiba-tiba kenyataan mematikan angan..muka lecturer tertayang seorang demi seorang..huhu..sebelum naik bas khamis malam nanti i got two midterm exam yang harus ditempuh..adoyai..part ni la yang tak best skit, but then ini la lumrah diri sebagai seorang pelajar..nak tak nak tetap kena jugak, no short cut! so melatidaisy, just go and strive for it !

And before terlambat (dah mmg lambat pun..hee), selamat menjalankan ibadah puasa buat sahabat-sahabat yang masih sudi menjenguk saya di sini walaupun blog ini telah koma buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan :) maaf sebab dah lama tak ziarah kalian..inshaAllah akan ziarah lagi bila keadaan mengizinkan..Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan ibadah kepada-Nya di bulan yang penuh barakah dan yang semakin pergi meninggalkan kita..

Actually ini adalah entri khas buat seseorang yang istimewa dalam hidup saya, semalam, 30 Ogos adalah hari ulangtahun kelahirannya yang ke 23, she's my close friend sejak dulu,dia satu-satunya kakak yang sy ada..dia yang sentiasa ambil berat tentang saya, dia yang jaga saya time saya sakit kat uia, dia jugak yang selalu tegur saya kalau saya salah,dia tak kisah mengalah dan berkorban untuk adik-adik..pernah dulu waktu sekolah agama, kami berdua belajar dalam kelas yang sama, saya terlupa bawa al Quran dan dia bagi Quran dia pada saya and dia sanggup berdiri sebagai denda sebab tak bawa al Quran..padahal saya yg harus di denda ustazah...i still remember it even dah 13 tahun berlalu..masa tu saya kecil lagi, tak faham maksud tersirat di sebalik peristiwa, tapi bila makin besar dan teringat peristiwa tu perasaan sayang pada kak long makin mendalam..memang itu sifat yang Allah kurniakan dalam diri seorang kakak, lebih-lebih lagi anak sulung..

She's my housemate utk semester ni.Dia jugak yang selalu tadah telinga dengar cerita dan celoteh saya hari-hari, dia yang setia mendengar saat saya mengadu masalah, dia yang tahu banyak rahsia saya,apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka, ,dia yang sentiasa mendorong dan menyokong saya saat saya rasa lemah, dia yang pujuk saya dgn sate time saya merajuk (adik yg sensitif la konon..hehe), dulu penah saya terfikir akan kehilangan dia bila dia melangkah ke alam perkahwinan, namun alhamdulillah we even get closer after her marriage, dia hadiahkan saya anak buah kesayangan yang sangat comel (abdullah 'afif) , dia jugak yang jaga saya di sini, pengganti ummi dan abah, dia seorang yang tabah, dia seorang yang kuat dalam perjuangannya..alhamdulillah Allah kurniakan dia kepada saya, seorang kakak yang yang tiada pengganti..

selamat hari lahir kak long..saya sayang kak long !!!

Terima kasih untuk segala-galanya .. semoga Allah kurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat kak long sekeluarga .. ameen ya rabbal 'alameen..


Ya Allah..

sesungguhnya aku amat mengasihinya…

Aku mohon pada-Mu Ilahi,

Kau ampunkanlah segala khilafnya,

Kau rahmati lah dia dalam setiap jejak langkah menuju kebahagiaan hakiki,

Kau kuatkanlah jiwanya saat meniti suratan takdir-Mu ya Ilahi

Kau tenangkanlah hatinya saat kekalutan menduga diri..

Ya Muhaimin..

Dalam setiap nafasnya yang berhembus..

Kau pimpinlah diri dan hatinya agar sentiasa di jalan amanahMu..

Kau jadikanlah dia seorang anak yang taat, isteri yang solehah dan ibu yang tabah..

Kau kurniakanlah kejayaan buatnya dalam pelajaran dan kehidupan..

di dunia dan akhirat-Mu jua.

Ku mohon pada-Mu ya Ilahi,

kuatkanlah ikatan hati-hati kami,

Kau suburkanlah kasih sayang dalam keluarga kami,

Dan Kau peliharalah kami dari hasutan syaitan yang direjam,

kurniakanlah kami kesihatan agar kami dapat terus beribadah kepada-Mu,

Kau kurniakanlah kami kesempatan untuk berbakti kepada ummi dan abah kami..

dan Kau satukan lah kami sekeluarga sekali lagi di Syurga-Mu yang abadi..

Ya Rabbi..

Sempena hari lahirnya ini..

Doaku semoga Kau panjangkan usia kakakku yang tercinta,

Semoga bertambah keberkatanMu buatnya..

Dan semoga Kau kurniaakan kebahagiaan hati buatnya sentiasa..

Terima kasih atas kurniaan-Mu ini kepadaku..

Sesungguhnya kasih sayangku padanya adalah atas nama-Mu..

Ameen ya Rabbal 'Alameen


....................................................



my housemate :)


"Tenangnya lautan, damainya gelora..Membelai kerinduan mengulit rasa..Bingkisan hati menyulam bahagia, keberkatan redha dan syukur pada-Nya.."
-bayu berbisik-