Wednesday, September 29, 2010

Tinta Buat Seorang Teman...

بسم الله الرحمن الرحيم




Teman...

masihkah dikau ingat

muqaddimah perhubungan ini

terbinanya tanpa coretan kata

pada helaian warkah

bukan pada titik pertermuan

akan tetapi

kemuliaan kalimah salam kuutuskan

sejarah kehidupan jadi perantaraan

tersimpan diruang memori

bukti laluan persahabatan

terjalin dalam simpulan persahabatan

Teman.....

kini..kumasih berjalan

dipentas hakiki persahabatan ini

merentasi detik-detik tiba

kadang..membawaku ke lorong lamunan

pabila jiwaku disinggah kesepian

menemani bersendirian


Teman......

andai wadah persahabatan ini

kalamku merangkai dusta

langkah ku mencalar luka

bisikkan hasad merobek hatimu

susunan jari kuhulurkan

salam kemaafan kuluahkan


Teman.......

tiada lagi harapan sebesar gunung

tiada rindu untuk kulayarkan

melainkan untuk persahabatan ini

bagai air mengalir

tiada perhentian.

-sekadar berkongsi nukilan hati seorang teman .. semoga dirimu dalam rahmat dan jagaan Allah sentiasa..ameen...-

"ingin senyum seperti dahulu..merentasi detik waktu dalam batas rindu..namun,rintih syahdu dalam bisikan tawakkalku hanya pada-Mu..."

Sunday, September 26, 2010

23rd of September ..

بسم الله الرحمن الرحيم




.....................................................

saat jemari memegang pen untuk berjuang dengan tugasan-tugasan ku sebagai pelajar tiba-tiba wajah ummi bermain-main di ruang mata..telefon di capai..lantas jemari mula menekan keypad mencoret kata-kata buat ummie tersayang yang nun jauh di pantai timur..

"ummie, semalam besday org..semalam org cukup 22 tahun, tahniah ummi sbb berjaya melahirkan dan membesarkan anak yg comel ini..hehe..ummi memang hebat, bersyukur sgt sbb dilahirkan sbg anak ummi dan abah.. maafkan segala salah n silap org ye :)"

(ini lah perangai anak ke dua ummi, sempoi dalam berkata-kata sedangkan bibir sebenarnya ingin menzahirkan kasih dan sayang yg menggunung di hati..ummi pun faham, anak ke dua ummi ni bukan macam kak long yang ayat sms nya sentiasa menyayat hati..heheh.. kak long kalau bace ni harap jgn marah yek :) )

"ummi ingt besday awk smalam cuma tak sempat nk wish.. slamat hari lahir yg ke 22..memang anak2 ummi comel2 semuanya..bukan ummi hebat, tapi Allah yg hebat, kehebatan Allah terpancar dalam kehidupan keluarga kita, mungkin kerana kepasrahan ummi kepada-Nya dalam semua perkara, mungkin juga berkat qiamullail yg sering ummi lakukan..Allah sering mendengar rayuan dan rintihan ummi di setiap tahajjud dan hajat,mengadu padaNya dalam dalam menghadapi kepayahan ummi membesarkan setiap anak-anak..ummi selalu minta agar Allah jadikan anak2 ummi insan yg diredhai-Nya di dunia dan akhirat..awak pun, belajarlah dari kehidupan ini, moga menjadi muslimah 'abidah sajidah syakirah radhiah dunia akhirat"


aduh..niat di hati nak sempoi-sempoi sms dengan ummi, akhirnya terkedu dengan titipan sms dari ummi tersayang..dalam diam mengalir air hangat di pipi, sehangat darah yang mengalir dalam setiap urat nadi lalu menyalakan kembali obor semangatku yang semakin hari kian malap... terima kasih ummi..perjalanan ini sering di rasakan payah..namun peringatan ummi menyedarkan.. hanya Dia selayaknya aku bergantung, hanya pada-Nya selayaknya aku mengadu..bukan pada manusia..kerana manusia itu tidak sentiasa kekal di sisi kita..sedangkan Dia sentiasa ada, sudi mendengar rintih hati kita di setiap masa dan ketika..

Dalam meniti jejak duniawi, ku ayun langkah mengiringi isyarat dari jiwa, seringkali langkah ini tersasar ..kadangkala tersadung pula di persimpangan..namun saat kaki menjejak ingin kembali pulang kepada-Nya, lorong itu semakin luas membuka jalan, saat hati merintih pedih membungkam rasa kasih sayang Nya dirasai segar menyelinap ke segenap ruang jiwa.. aku tidak sendiri ! aku masih ada Dia ! aku masih ada mereka..mereka yang sentiasa membangkitkanku saat diriku rebah juga mereka yang sentiasa membisikkan doa suci buat diriku..

terima kasih ummi, terima kasih abah..terima kasih juga buat teman-teman yang sudi mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat diri ini,setiap ucapan di facebook mahupun sms saya baca dan akhiri dengan kalimah ameen.. sangat gembira dan bersyukur atas ingatan dari kalian..moga-moga Allah qabulkan doa-doa kita..dan moga-moga kita semua dalam rahmatNya sentiasa..

terima kasih istimewa buat kak long and dua orang sahabat tersayang, ain dan fadhilah .. kenangan kita masak malam2 and having dinner at 11.30pm di serikan juga dengan sate idaman ain (hari2 sebut nk makan sate) pd 22nd of sept 2010 akan disemadikan dalam ingatan..walaupun letih tapi kita enjoy berperang di dapur then menikmati hasilnya dalam keadaan mata yg dah mengantuk..hihihi :)

salam sayang and salam rindu buat semua ^_^

hepi besday melatidaisy !

Wednesday, September 15, 2010

Eid Mubarak !!

بسم الله الرحمن الرحيم




"salam aidil fitri di ucapkan buat semua sahabat-sahabat yang dalam ingatan..mohon maaf dari sudut hati yang paling dalam atas segala khilaf sepanjang kita berukhwah di sini..semoga kedatangan syawal kali ini membawa kemanisan dan kegembiraan buat semua.."

selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir dan batin !!

Cuti raya di kampung cuma bersisa sehari dua sahaja lagi..langkah perjuanganku dirasakan semakin berat..pelbagai tanggungjawab menantiku di uia..namun inilah santapan yang terhidang untukku..sudah lumrah bagiku sebagai seorang pejuang penuntut ilmu..tabah lah wahai diri..bersabarlah duhai hati..kuatlah wahai jiwa..kerana di pundak ini terpikul segala harapan mereka, mereka yang amat aku kasihi..

Dugaan-dugaan yang melanda kehidupan kami juga membuatkan aku semakin matang berfikir, bahawa hidup tidak seindah yang disangka dan tidak semudah seperti apa yang kita lakarkan di hati sehingga menjadi impian yang tertinggi..perlukan pengorbanan, perlukan kesakitan, perlukan kecekalan demi menujunya..Aku semakin kenal erti kesusahan, erti pengorbanan, erti tanggungjawab dan erti kasih sayang..

Apa yang pasti segala ujian ini lah yang mengeratkan lagi ikatan hati kami sekeluarga..ini janji kami..untuk bersatu walau apapun yang terjadi..Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah, atas kurniaan ummi dan abah yang sangat tabah, segala puji bagi-Mu ya Allah atas kurniaan adik beradik yang amat memahami..

Ummi, abah.. kami mujahid dan mujahidah harapan kalian..kami akan berjuang untuk kalian kerana senyuman kalian adalah kebahagiaan buat kami.

buat teman-teman.. saya sayang kalian (^_^)