Saturday, December 25, 2010

Doa Senjata Mukmin

بسم الله الرحمن الرحيم



Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah S.W.T...

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang" Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun berputar sesuai dengan paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah S.W.T.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah S.W.T, "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat selain api Ya Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Ada, yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat selain air" Sambung malaikat.

"Ada, Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemanapun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, air, api dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada, iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa pada-Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demekian Allah S.W.T menjelaskan.

[Hadith Qudsi]


Tuesday, December 21, 2010

Tinta Hati Melatidaisy...

بسم الله الرحمن الرحيم

Benar hidup tak selalunya seindah apa yang kita mahu
Namun kenapa hati ini masih jua mahu merintih pilu
Rabb.. bukan niatku menafikan hikmah-Mu
Namun kekerdilan akal ku..
membuaiku sayu menangisi takdir-Mu..

Berkali ku cuba sedarkan hati ini
Agar tidak terus tenggelam karam dalam gelora
namun hatiku kadangkala tewas jua dilambung badai mimpi..

Berkali ku cuba ingatkan diri ini
Agar tidak terus hanyut dalam cerita yang menikam jiwa
Namun hanyut jua diriku dalam deraian air mata..

Berkali ku pesan pada jiwa ini
Agar sesekali tidak menyesali takdir Ilahi
Namun terkadang langkahku longlai meniti realiti ini ..

Wahai Tuhan...
Hanya pada-Mu kekuatan itu datang
Aku mohon..agar dikurniakan ku secebis rasa itu
Agar dapat aku berpaut
dalam pelayaran menuju redhaMu..

"beringatlah wahai diri.. kebahagiaan hari ini belum tentu berkekalan hingga ke hari esok, berpada-padalah dalam bergembira kerana boleh jadi kegembiraan itu menjadi racun yang menyakitkan bila saat ia diragut pergi dari dirimu..kerana segalanya hanya pinjaman, dan segalanya tidak akan kekal di sisi kita.. dan hakikatnya segalanya adalah milik Allah..persiapkanlah hati untuk menerima kehilangan-kehilangan yang kadangkala tidak pernah terduga... kejarlah redha Ilahi, kerana hanya Dia pasti setia di sisi."

Tuesday, December 7, 2010

Kita Tak Pernah Tahu Bila dan Bagaimana

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah semalam saya dapat result untuk semester lepas. Syukur sebab ada peningkatan..walaupun tidaklah setanding dengan yang lain namun tetap menjadi motivasi untuk berusaha lebih gigih lagi untuk semester-semester akan datang. Mudah-mudahan target saya akan tercapai sebelum saya melangkah keluar dari UIA nanti. Hanya saya yang tahu kemampuan diri saya dan hanya Dia yang berhak menentukan segalaNya. Sekalung penghargaan buat keluarga tersayang dan teman-teman atas setiap semangat dan dorongan.

Pejam celik pejam celik sudah hampir 5 tahun saya jadi warga uia. 2 tahun di matrikulasi dan 3 tahun di main campus. Uia universiti idaman saya sejak kecil dan course yang saya dapat juga adalah course impian saya sejak form 1.. alhamdulillah atas nikmatMu ini, saya tak mahu jadi insan yang kufur dengan nikmat-Nya ini, saya harus berjuang berhabis-habisan. Saya perlu berkorban demi mereka yang saya sayangi. Saya tak akan ulangi kesilapan saya di bumi KISAS suatu masa dulu. Itu azam saya. (sengaja saya selitkan azam saya di sini supaya dapat ingatkan saya each time saya tgk blog)

Cuti saya pun makin menghampiri penghujung, tiket dah selamat dalam purse. Sejujurnya saya tak sabar nak balik uia, tak sabar nak meneruskan perjuangan saya di sana. Rindu nak dengar arabic lecture dari ustaz dan ustazah.Tak sabar nak study sama-sama dgn sahabat2,tak sabar nak buat asaimen..hehe (nabilah, sile ingat sentiasa segala yg kamu tulis ni tau!)

Kesihatan saya masih tak stabil, sekejap demam sekejap kebah,plus batuk dan selesema, padahal ubat tak pernah miss, adik beradik n ummi abah pun macam tu,takpe la, ujian kecil dari Dia :) hopefully semua cepat sembuh and hopefully saya sihat before balik Uia.

Saya nak share one story yang saya dapat dari sahabat saya di facebook, selamat membaca :)

It begin here ...

~~~

"Pukul 3.30 pagi"

Di sebuah rumah banglo yang besar. Puan Sri bangun dari tidurnya yang lena. Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut. Gelang emas yang berharga beribu-ribu ringgit jelas kelihatan bersinar indah. Bercahaya. Itulah dia perhiasan dunia.

Tidak sampai 5 minit, Puan Sri bangun dan berjalan menuju... ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi "kling-kling" dikakinya. Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.

Kelihatan Datuk Sri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya. Berjenama pula tu. Maklumlah katil import dari luar negara. Apa yang jelas, semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya. Mencecah ratusan ribu ringgit. Maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.

Puan Sri bangun awal pagi ni bukannya apa, biasanya dia agak susah membangunkan dirinya seawal-awalnya. Apa lagi saat-saat begini, paling kurangpun dia akan bangun apabila azan Zohor berkumandang. Mimpi apa agaknya Puan Sri?

Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya. Syukurlah jika begitu.

" Ada baiknya aku solat sunat malam, sambil-sambil menunggu waktu bersahur" bisik hati kecilnya.

Datuk Sri kelihatan masih tidur berdengkur. Letih sangat agaknya, atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dirinya.

Maklumlah orang kaya, tiada siapa yang berani menegurnya.

" Pukul 4.45 pagi "

Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan bersahur.

Anak-anak Datuk dan Puan Sri sudah dikejutkan dari tidur yang lena.

Semuanya rasa malas sekali nak bangun. Malah ada juga yang berani memarahi orang gaji sesuka hati.

Maklumlah, anak orang kaya. Ikut suka hati merekalah nak bangun.

Puan Sri mengejutkan Datuk Sri.

" Bang, bangunlah. Dah masuk waktu bersahur ni, nanti terlewat pulak".

" Emm...yalah...nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat. Awak pergi dululah, keluh Datuk Sri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah. Itulah lakonan dunia.

Semua anak-anak bangun dengan rasa malas. Puan Sri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan. Macam-macam ada.

" Pukul 5.15 pagi"

Semua anak-anak sudah beredar dan tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia. Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggan-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import.

Puan Sri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Sri.

" Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat solat subuh ni. Bangunlah bang" kata Puan Sri sambil merehatkan dirinya bersebelahan suami tersayang.

" Takpelah. Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih tadi petang main golf kat padang tu bersama Tan Sri dan Datuk Sri yang lain.

Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri." balas Datuk Sri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu.

" Pukul 5.45 pagi "

Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Sri bergerak masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk.

Datuk Sri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai.

" Bang, jom solat Subuh berjemaah. Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini. Bangunlah bang. Sedar-sedarkanlah diri tu?

Jangan hanya solat semasa depan ramai orang, lepas tu apabila bersendirian, langsung tak solat." tegur Puan Sri pada suami tersayang.

" Abang letihlah. Nantilah abang ada masa. Awak solatlah dulu." balas Datuk Sri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.

" Pukul 9.30 pagi "

Puan Sri sudah bangun pagi, memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Barunya.

Datuk Sri masih lagi tidur lena. Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut. Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Senyap sepi. Berbeza dari semalam dan malam-malam yang lain.

" Bang, bangunlah. Dah pagini. Abang tak pergi mesyuarat ke? soal Puan Sri.

Namun apa yang pasti, Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.

" Bang , kenapa ni bang? bang....bangunlah...janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagi ni? Risau saya dibuatnya." tegur Puan Sri dengan perasaan takut dan risau sangat.

Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun, Datuk Sri tetap tak bergerak langsung. Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.

Sejam berlalu. Datuk Sri disahkan telah meninggal dunia.

Puan Sri jatuh tersungkur dan pengsan. Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu.

Kini segalanya sudah tiada seri lagi. Tinggal semuanya. Harta melata tiada bermakna lagi. Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih.

Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.

Apa yang pasti. Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa. Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti.

Semuanya masing-masing akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung.

Kita perlu sedarkan diri sebelum ajal kita pula menghampiri.

~~~

p/: Atas galakan kak deena tersayang, laju je saya update kali ini. hehe..Semoga beroleh manfaatnya bersama =)

Sunday, December 5, 2010

The Bond of Us..

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi dalam keadaan yang demam dan batuk saya buka my blog, kemudian nampak ada latest komen dari UmiJida . Berkerut kening sy(sekejap je)sbb fikir siapa gerangan UmiJida ni. Finally baru tau kak sajidah rupanya.. sy selalu panggil dia kak sajid, kak sajid ni senior sy kat skolah dulu,dan kat Uia jgk. Malah di Uia kak sajid jadi kawan kepada kakak saya.. mutual friend org kata :)

Memang niat tak nak blogging sbb tak larat dan kesihatan tak mengizinkan, tapi alang-alang dah nampak saya terus click..banyak rupanya link blog kak sajid ni, baru saya perasan,sebelum ni cuma ada satu link blog dia kat side bar saya, Berbahagia dengan takdir-Nya. Boleh click untuk mendapatkan santapan hati di sana :)

Hasil dari jalan-jalan di salah satu daripada blog-blog kak sajid saya ada terbaca satu entry yang amat menyentuh hati saya.. ye, saya juga hassasah seperti mana kak sajid.dalam erti kata lain "cepat tersentuh" dari ayat pertama hinggalah ke akhirnya.. seoalah-olah membuai nurani saya di sini. Syukran kak sajid for such a nice words. Bilah minta izin copy paste sebijik sejibik kat sini kay ? ^_^

Sangat panjang actually but nevermind coz i love it :)

Sajak di bawah ini...

Saya sangat suka...

Jumpa di FB kawan & saya ngap ke sini.


~~~~~~~


the words are just nice.

it might be long. (yes it is!) but if u read each word you'll definitely like it! especially if u are the hassasah type like me...

some paragraphs really touched my heart. which paragraphs?? TOP SECRET! ;) just kidding. i love the parts about friendship. indeed i value friendship very much, and it is somehow sadden me to see some friends are throwing the bond into garbage especially when they think they are strong enough to live by themselves... and they even think that taking care of friends' hearts are something not worth it. T_T

let us read for a while about what Rasulullah SAW had said about the friendship (precisely: ukhuwwah between Muslims):

المسلم أخ المسلم ، لا يظلمه ولا يخذله ولا يحقره

“The Muslim is a brother of another Muslim, he doesn't oppress him, neither does he hand him over to the enemy, he doesn't disappoint him, nor does he humiliate him.”
(Musnad Ahmad 15/239).

Value the bond between us... Let us make the tie even stronger by adding up million of duas for each one of us...

~~~~~~~~

This is the LONG poem.

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti kehidupan telah berakhir
melainkan hanya permulaan dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba

Kerana merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, tapi kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
mampu tersenyum
sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam
bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyedari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”
Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air
mata

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus…
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang karena kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyedari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu… Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip ” Easy come.. Easy go… ”

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ”
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dimungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana.........

~~~~~~~~

Sahabatku....

Mengertilah bahawa aku terlalu sayangkan ikatan yg ada... Meski tidak akan selalu bersua, harapanku kau akan tetap bahagia. Bahagia dengan takdir yg DIA tetapkan. Selaut kasih sepantai sayang...



p/s : mohon sahabat-sahabat doakan saya, satu family diserang demam & batuk.. Sebab musim tengkujuh mungkin ..

Wednesday, December 1, 2010

Rindu seorang Melatidaisy ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Uhuk..lame nye x update .. semakin tak de idea and semakin kekok untuk update.. rase mcm malu2 je nk update .. hehe..tipu2.. alasan semata-mata :) sebenarnya saya rindu sgt melatidaisy yg dulu.. huhu..eh apakah? tetibe meluah perasaan plak..hurmm..

Perkembangan terbaru .. ok, saya semakin kembang dek kerana cuti tanpa gaji di rumah sejak raya aidil adha tempoh hari.. sejak 13nov .. abis je paper last pagi tu then malam terus memecut bas dari gombak ke pantai timur semenanjung malaysia. hati sangat gembira melonjak riang.. (yela, sape tak suka kalau balik kg kan..kan..hee).then menjalankan aktiviti harian di rumah n di kampung mcm biasa termasuk men'mendating'kan diri di pantai-pantai yg terlibat bersama adik2 or kawan2 yg sudi bawak sy sbb sy takleh drive..hoho .. cuma sekarang saya dah kurang snap gambar..(tak se excited dulu dalam snapping pict.. entah kenape.sbb da byk sgt kot..hehee) . pun begitu masih tetap suka memanjakan diri dengan keindahan ciptaan-Nya itu ..

Cuti pun da nak abis da.. 6hb nanti result kuar.. berdebar-debar dan cuak..semoga semuanya nanti akan menggembirakan hati ummi dan abah.itu je yg sy harapkan dari result tu..bkn untuk sy tapi untuk mereka..oh result, plis be kind to me okey! .. sy dah cuba yg terbaik yg saya mampu dan sekarang time to tawakkal 'alallahi azza wajalla.. semoga Dia lapangkan hati ini saat menerima keputusan itu nanti ..

Hurm .. saya rindu budak kecik ni ..


last kiss dia raya haji yg ke 2 aritu .. die dah pandai makan..faveret dia ofkos la blended punye sbb die kecik lg..bkn ice blended tp rice blended :) ngan nestum .. sekali makan byk plak tu.. huhu..da tumbuh gigi da pun.. siap boleh berjalan and kejar2 kucing lagi..(tp guna walker la..hehee) .. esok abdullah afif genap 8 bulan .. da makin besar dah rupanya.kejap je rase..syg sangat kt dia mcm syg anak sendiri.


comotnye die makan :P


muka budak tak nak tido sbb tak puas main..dekat 20 minit dodoi tp tak tido2 jugak, nak main camera rupenye :)

afif syg..cepat-cepat la balik besut sebelum cuti khalah abis ea.. khalah rindu afif sgt2..next sem kita dah x jadi housemate dah..afif bukan lagi budak batu 10 gombak.kalau semester lepas setiap kali balik kelas khalah boleh main2 ngan afif..gelak same2 dgn syg..tapi next sem dah takde dah sume tu.huhu..sedih plak..teringat malam2 duk borak ngan afif kalau syg tak nak tido .. huhu..sweet sgt kenangan tu..tgk afif gelak n senyum boleh buat khalah tutup buku n pause keje lain jap..hehe..khalah tak kan lupakan kenangan duduk rumah sewa 4 about 3 months with afif n ummi afif. sesungguhnya ia satu pengalaman yg berharga dalam hidup khalah. ...alhamdulillah.. thanks syg sebab bagi peluang kt khalah blajar banyak benda :) afif akan jadi anak klate sejati after this..duk baik2 ngan ummi and ayah ea.. jadi anak soleh untuk ummi n ayah tau .. be kind to them k :)



tak sabar nk abis cuti..tak sabar nak sambung perjuangan kt uia tapi semester kali ni sebatang kara du uia sbb kak long dan afif dah balik kg..anyway slamat berpraktikel buat kakanda ku syg :)

p/s: serius tak tau nk letak tajuk apa untk entri ni ..itu je yg terbaik..hehee :)