Friday, November 25, 2011

Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم


Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

penulis asal : akh hilal asyraf


~~~~~~~~notakaki~~~~~~~~

assalamualaikum...semoga sahabat-sahabat melatidaisy dalam rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa..doakan kejayaan melatidaisy untuk semester yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi..salam rindu dari saya untuk kalian (^_^)

~fi amaanillah ~


Friday, September 9, 2011

salam ukhwah dan salam rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

kembali bersiaran setelah beberapa bulan menyepi dari sebarang update.. syukran buat sahabat-sahabat yang masih sudi bertandang menyuburkan ukhwah..maaf jua kerana kebelakangan ini saya cuma mampu menjadi silent reader kepada blog kalian, entah kenapa setiap kali blogwalking tangan saya begitu berat untuk sign in blogger, saya lebih cenderung untuk sekadar memerhati dari jauh.

betul cakap orang yang mood seseorang blogger sentiasa ada pasang surut, kadang-kadang semangat sentiasa berkobar-kobar untuk meng"post" entri baru tapi akan tiba suatu masa apabila semua mood tu hilang lenyap entah ke mana, bukan masalah internet, bukan juga masalah tiada modal untuk di kongsi, tapi bila hati menjadi berat untuk menekan keyboard maka blog kesayangan ini di biarkan sepi tanpa hidangan buat yang sudi bertandang..maafkan saya.. namun saya masih setia berkunjung ke laman sahabat-sahabat membaca coretan dan perkongsian sahabat2, juga nasihat serta peringatan dari kalian sentiasa saya hargai.

sekali sekala terbit juga rasa rindu kepada kenangan riuh rendah bersama sahabat2 blogger di sini, lantas komen2 kalian di entri2 terdahulu lah yang menjadi penawarnya, terima kasih sahabat-sahabat atas ukhwah yang tercipta di sini, walau tak pernah bersua apatah lagi mengenal rupa, namun persahabatan yang terjalin di sini merupakan salah satu kenangan dan hadiah terindah dalam hidup saya.

saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat-sahabat yag mengenali diri ini, tidak kiralah sahabat-sahabat di dunia realiti mahupun alam maya ini, semoga Lebaran kali ini membawa seribu satu keberkatan buat kalian.

saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan dari sahabat-sahabat yang mengenali diri ini atas setiap khilaf dalam perbuatan mahupun bicara. semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Syawal akn datang.

doakan perjalanan saya ke uia setelah 2 bulan bercuti di rumah ok, perjalanan tahun terakhir sebagai mahasiswa di UIAM bakal bermula..semoga Allah permudahkan perjuangan ini..inshaAllah..

ma'assalamah wa ilalliqaa' ^^,

salam ukhwah dan salam rindu dari saya =)

Friday, July 8, 2011

Look Forward and Reach For Your Aim =)

Bismillahirrahmanirrahim...



Tidak jua sesukar itu untuk ku fahami..
Ombak resah yang membadai pantai..
Bencana yang hadir menghempas lagi
Memecah buih-buih keinsafan..

Walau dulu hidupmu berwarna warni..
Namun kupasti segalanya jua terselit mimpi..
Yang dikau galas bersama harapan..
Yang seringkali hilang dalam kegerhanaan ..
Dan akhirnya terkubur kesepian

Apapun jangan sesekali dianggap ia pembalasan
Bukan juga satu penyiksaan
Kerana setiap episod ujian
Diakhirnya pasti suatu kebesaran..

Seandainya masa mampu diputar
Cukuplah hanya untuk hati ini tersedar
Agar jelas Qada' dan Qadar
Biar terbongkar segala jahil dan mungkar..

Beristiqamahlah..
Bermujahadahlah..
Sebelum tiba masanya..
Sebelum kemas kafannya..

Dia Maha Pengampun..
Dia jua Maha Mendengar..
Amin...


~ we are not perfect, any of us, we make mistakes, we screw up, but then we forget n we move forward..atleast, we have the courage to feel..feel everything deeply.. ~

~ Pengalaman adalah guru terbaik, just look forward and reach for your aim ~

^_^



Tuesday, July 5, 2011

Talk To Him, He's Always There ...


بسم الله الرحمن الرحيم


Tidak sesukar mana untuk aku fahami,
apa yang cuba disampaikan..
badai bencana yang menimpa diri,
apakah mungkin hadir sebuah keinsafan..

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni,
dikurniakan Tuhan segala yang aku ingin..
dan aku hidup leka.. hanyut dalam kelalaian,
sehingga semuanya hilang dan terus pergi..
meninggalkan..

Oh..inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi,
di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli,
tidak terdaya aku menghadapi semua ini,
terasa sungguh lemah dan naif diriku ini..

Seandainya bisa ku memutar kembali masa,
tidak sesekali akan kulakukan semua itu..
ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa..

Oh Tuhan..
Kau ampunkanlah hamba-Mu..
ku sesali segalanya..

Tekadku menempuh hidup yang baru,
kerna ku yakin Tuhan ada bersamaku..
Dia Pengampun.. Maha Pengasih..
ku tunduk pada rahmat kasih dan sayang..
Rabbul Izzati..


p/s: bait kata yang dikirimkan oleh seorang teman sekuliah saya, farhana a.k.a adeq suatu masa dulu..syukron dik =) ... sengaja saya kongsikan di sini buat tatapan hati-hati yang mungkin dilanda badai kekalutan..never loose hope, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada bersama kita.. let us strive for his Redha.. just talk to Him as He's always there :)

Sunday, July 3, 2011

some words ..



Some people accidently walk over your feet and apologize

While some people walk all over your heart and don't even realize..

Saturday, May 7, 2011

:: Dia Ratu Hatiku ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Fuhh..semaknye..bersawang sane sini, kena buat gotong-royong perdana nih..ajak sume adik beradik ngan orang kampong tolong kemaskan blog ni..habuk merata..pheww (O_0)

Nak kate busy takde la busy sangat..nak kate laptop rosak or internet problem okey je nih..senang2 ngaku je la yang saya memang ade penyakit malas nak update blog..huhu..lagipun takde idea nak update ape..tak kan nak merapu saje-saje..blog ni tidak dicipta untuk merapu meraban okey! [talking2myself]. Sekarang saya lebih banyak menghabiskan masa di depan lappy menjadi silent reader blog sahabat-sahabat je..dah tukar hobi nampaknye :)

Jadi bersempena dengan ade modal ni saya nak update la sikit..bagi Nampak hidup sikit blog ni..idak le nampak macam koma terlantar kat ICU je ye dak?



Selamat Hari Ibu ya habibati Ummi


Emm..kat atas ni gambar ummi saya, rasenye first time saya publish gamba ummi kat blog, ini la dia jantung hati saya, ini la dia orang yang mengandungkan saya 9 bulan dan melahirkan saya dengan jayanya seterusnya mengasuh, mendidik dan membesarkan saya sehingga jadi secomel ini.. banyak jasa dia (begitu juga ibu2 kalian).. tak terlist kalau nak di senaraikan di sini..Subhanallah..hebat wanita ini, dan dia saya jadikan idola untuk menempuh cabaran hidup seorang wanita.



Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihNya buat ummi.. dan memberkati kahidupan ummi..

Kasih dan sayang sesudah (Allah s.w.t dan Rasul s.a.w) ini tertumpah buat ummi..juga abah tersayang.


Pada saya setiap hari adalah hari ibu..tak perlu tunggu bulan Mei baru nak luahkan sayang cinta dan rindu kita pada ibu. Ucapkanlah sentiasa selagi mana Allah masih memberi kita peluang untuk menyampaikannya..Kerana saya tau sampai satu saat nanti saya tak lagi berpeluang untuk mengucup lembut tangannya..apatah lagi untuk bermesra manja dengannya Allah.. saya cukup takut bila membayangkannya..kalau boleh biarlah saya yang pergi dulu agar saya tak perlu menghadapi detik itu…


Selamat Hari Ibu juga untuk kak long yang saya sayangi !!



Semoga Kak Long juga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi..terus kuat dan tabah dalam perjuangan menuntut ilmu juga dalam mengasuh permata hati..


InshaAllah hari raya nanti saya bakal menyambut anak buah yang ke dua..doakan kak long saya ye :)



Ini Abdullah Afif…permata hati sulung kak long dan abg ipar saya..juga penghibur hati buat kami sekeluarga. Afif sekarang dah masuk 13 bulan..makin comel dan makin banyak keletahnya yang membuatkan saya rindu.. Sekejap je masa setahun berlalu..rasa macam baru semalam kami sekeluarga gembira menyambut kelahiran orang baru. Ini entri yang saya buat waktu afif baru menjenguk dunia.


lagi gambar comel si abdullah afif..jom layan!!


dah pandai baca gambar ! :P


i can stand by myself !! (stand je, jalan blom pandai lagi..hehee)



ayok..pandainye wat muke belakon!! :)

Tup-tup da nak abis cuti sem saye kat rumah..rase baru je sampai rumah pertengahan bulan 4 aritu.. tau-tau je dah mencecah tiga minggu cuti..tau-tau je esok da nak kena balik UIA..menyambung perjuangan dalam short semester..Allahu Akbar cepatnya masa berlalu.. [sigh]

Pagi esok saya akan bertolak ke UIA meneruskan perjuangan yang berbaki..kawan-kawan..doakan saya ye.. semoga bertemu lagi..

Salam sayang dari saya

^_^

...................

Monday, April 25, 2011

Siapa Tak Pernah Menangis

Allahyarham Zubir Ali


"Siapa Tak Pernah Menangis"


video


Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

~~~~~~~~~~~~

Lagu : Allahyarham Zubir Ali
Lirik : Nazri

Saturday, March 19, 2011

blog yang saya rindui :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Suburkanlah iman..Carilah kemuliaan, Lapangkan dada hentikan ratapan..Bawa hatimu kepada Tuhan, mengharap hadir jiwa kehambaan..Carilah kemanisan dalam perjuangan..Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan..Mehnah mendatang itulah ujian..Jangan tersungkur walau terbeban..Bawa hatimu kepada Tuhan..di sana menanti Syurga idaman..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam perjuangan kami..Jauhkanlah kami dari sifat putus asa terhadap rahmat-Mu dan rasa aman terhadap tipu daya dunia-MU..Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepada-Mu..dan gantikanlah apa yang telah hilang dari kami dengan yang lebih baik di sisi-Mu..
Ameen ya rabbal ‘alameen..

:::::::::::::::::

p/s: sekadar update pengubat rindu pd blog kesayangan saya ni..lamanya saya tenggelam tak timbul-timbul kat sini..kalau online pon sekadar menjadi silent reader di blog kawan2 sementara blog saya dibiarkan sunyi tanpa entri.apakan daya, semester kali ni sentiasa mencabar mental dan fizikal saya..semoga saya terus diberikan kekuatan olehNya untuk meneruskan perjuangan yang semakin ke penghujung..inshaAllah..assignments2 alhamdulillah semua dah settle n dah submit..tinggal lagi satu presentation next week dan beberapa Surah2 untuk di tasmi' hafazan dengan ustaz..sahabat2..doakan saya..lebih2 lg untuk final exam yang semakin hampir.. it'll start on this coming 28th of march, until 16th of April.. do pray for me k!! semoga berjumpa lagi.. ilalliqa' inshaAllah :)



Wednesday, February 9, 2011

Bayu Redha..


بسم الله الرمن الرحيم





Saat kita tidak lagi mampu menghirup manisnya sari madu bunga

tetaplah setia menyiram tamannya

agar kelopak itu terus mekar dan harumnya sentosa

menyegarkan diriku mahupun dirimu tika singgah kelak melepas lelah..


Saat ombak tidak lagi mampu melewati pantai yang semakin sunyi seakan mati..

kirimkanlah gelora

agar lembut bebuihnya nanti bisa membelai hamparan suci

menyuburkan kembali sekeping hati

dan juga putih buihnya pasti

memadamkan titik-titik episod ngeri..


Saat hati tak bisa lagi bersama mengalun irama lantunan jiwa..

bisikkanlah kata

agar kalam doanya tidak pernah lenyap dimamah sakitnya nyata..

kerana kasih-Nya jua lah yang mengolah ceritera kita..


Kita, aku mahupun kamu…

dalam kembara mendidik jiwa

berkelana dan haluannya tak sama..

meskipun berbeza namun onaknya tetap ada

begitu jua ranjaunya yang berliku menduga..


Tabahlah..dan bersabarlah menghadapinya

dan yakinlah

moga penghujungnya nanti bernaungkan bayu redha..



Sunday, January 30, 2011

Asam Pedas Ikan Patin

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, rumah saya kembali sunyi setelah ummi dan adik-adik ke sekolah dan abah pun ke tempat kerja. Tinggallah saya berdua bersama adik lelaki yang baru je sampai subuh tadi dari Sg Besi (UPNM). Tiba-tiba jam 9 lebih kereta ummi muncul kat depan rumah, rupanya ummi balik hantar adik saya yang kurang sihat,kat sekolah tadi dia muntah-muntah, terus dia jumpa ummi kat bilik sakit (kebetulan ummi adalah guru yang bertanggungjawab menjaga bilik sakit kt sekolah tu), kemudian ummi hantar balik rumah, bagi dia rehat kat rumah je. Tapi yang saya geram bila dah kat rumah elok je dia, siap main PS lepastu online lagi. Dah tak pening dan tak sakit katanya. Nasib baik baru tingkatan satu, kalau tingkatan 5 memang saya call ummi mintak ummi ambik dia bawak g sekolah balik.huhu.

Sebelum ummi gerak ke sekolah lepas hantar adik saya balik tadi dia request nak makan asam pedas ikan patin. Dia tanya tau buat ke tak, saya cakap tak tau tapi boleh buat.hehe..dalam hati saya cakap, “ape susah..google kan ade ” :) . Selama ni memang saya tak pernah masak sendiri asam pedas ikan patin ni, kalau masak sama-sama ngan ummi tu selalu la, tapi time tu dengar dan ikut arahan ummi je, bila kena masak sendiri mana ade orang nak bagi arahan lagi dah, pandai-pandai diri sendiri je ikut gerak hati :)

Lepas tu saya terus masuk bilik on laptop, terus google..berderet-deret keluar resipi asam pedas ikan patin ni,Kat sini saya paste kan resipi asam pedas ikan patin yang saya amik dari sini :

Bahan-bahan ( 1 kluarga boleh makan )
• 1 ekor ikan patin
• 4 ulas bawang merah-ditumbuk
• 3 ulas bawang putih-ditumbuk
• 2cm kunyit hidup-ditumbuk
• 1 btg serai dititik
• 3 btg daun kesum
• 1 bunga kantan-dibelah dua
• 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
• 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
• 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
• garam dan gula (ikut rasa)
• minyak masak
• sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan

Sebenarnya saya tak ikut 100% resepi kat atas, just untuk dijadikan panduan je. Saya tambahkan hirisan lengkuas sikit dan saya tak masukkan belacan. Kalau ikutkan yang ummi selalu masak dia masukkan sekali asam keping tapi takde plak asam keping kat dapur tadi, xpe, x menjejaskan pon..hehe.kuantiti bahan pun saya ubah sesuka hati je, Lagipun saya masak untuk 2 ekor ikan patin, family saya besar, seekor je tak cukup.lebih-lebih lagi ikan patin ni memang faveret semua orang dalam rumah ni (kecuali saya), saya makan cuma kurang gemar.hehe..daun kesum bukan main banyak saya bubuh tadi, dah gaya macam kebun daun kesum je dalam periuk tu (tashbih/perumpamaan yg agak melampau), hehe..nasib la..dah feveret saya. Orang lain makan asam pedas ikan patin sebab suka ikan, saya sebab suka daun kesum :)

ini hasilnya =)



Akhirnya kul 1.00pm saya dah siap masak. Tapi tak makan lagi pun..tunggu yang lain-lain balik dulu, sambil tu saya mengonlinekan diri sekejap and terasa nak update blog, terhasillah entri pasal masakan dan makanan ni. Baru saya perasan yang selama ni tak pernah-pernah saya cerita pasal makanan dan masak-memasak kat sini, sedangkan salah satu dari hobi saya adalah memasak.hehe..inshaAllah next time kalau ada kesempatan saya akan share lagi pengalaman saya di sini. Saya bukan tukang masak handalan pun, tapi suka dan puas hati kalau dapat tengok ummi abah dan adik-beradik makan masakan saya :)

I’ve promised to myself to finish one of my asaimen first b4 enjoy blogwalking for today. inshaAllah saya cuba.. indeed, i miss blogwalking so much. kat uia tak sempat pun nk bw ni. Till then..semoga kalian bahagia dalam rahmat-Nya sentiasa.jumpe lagi di next entri.. ^_^

Saturday, January 29, 2011

Pelangi dan Ombak

بسم الله الرحمن الرحيم

Alamak.. da bersawang blog ni..ape la yg tuan blog ni buat sampai tak nyempat nk bersihkan habuk2 kat sini kan? huhu.. biasa la, tuan blog ni student, jadi haruslah mengagihkan kasih sayang dan keutamaan mengikut priority, blog jangan majuk tau :)papepun arini tuan blog nak buat comeback.hehe.tak tau nk update ape..jawab tag pon ok kan? ^_^

tag dari munie

apa benda penting dalam hidup korang?

mardhatillah (keredhaan Allah)

betapa sia-sia nya hidup ini tanpa keberkatan dan keredhaan Allah, tidak bermakna kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan tanpa redha dari-Nya



benda terakhir yang korang beli gune duit korang?

tiket bas Mahligai Gombak-Besut 27.Januari.2011 :)


dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?


Kota Putra, Besut Terengganu..inshaAllah..

Tema yang tak membazirkan duit.hehe


adakah korang sedang bercinta sekarang?

alhamdulillah..kerana cinta-Nya saya masih lagi dapat bernafas hingga ke saat ini, saya masih lagi diberi peluang untuk memohon keampunan dan saya masih lagi diberi ruang untuk terus membaja iman. Terima Kasih Allah.

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

cinta yang abadi tiada akhirnya..semoga Dia juga mencintai dan merahmati saya..ameen..

di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

doa


novel/buku/majalah terakhir dibeli?



Buku untuk subjek Naqod (Arabic Traditional Criticism)

baru je beli last week..2nd text book utk subjek ni, first book ustaz dah abis ajar, skrg masuk 2nd book..my very killer subject maybe ^_^

apakah nama penuh korang?



Nabilah bt Hassan


antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

ummi

namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Kekasih Allah Muhammad Rasulullah S.A.W.

[ mesti hensem kan? Seindah peribadinya :) ]

adakah korang basuh baju korang sendiri?

yes, why not. :)
[copy ayat munie]

dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Makkah Al Mukarramah


pilih salah satu, peluk atau cium?

salam peluk cium buat munie ^_^

Semoga dia dalam rahmat Allah sentiasa walau di mana pun dia..


beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

1) sahabat baik sy since 26januari2004

2) dia sayang saya..dan dia tau yg saya sayang dia.haha :P

3) dia orang Jawa..pantang jumpa orang jawa mesti dia start nk ngomong jowo !


Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

1) my lappy

2) spek mata

3) my silver ring pemberian abah

4) Buku-buku berkaitan bahasa arab yg sy ada

5) hakikatnya semua benda yg kamu sayang tu bukan milikmu yang mutlak. Andai suatu hari nanti ia bukan lagi jadi milikmu maka kamu harus redha (peringatan buat diri sy).

lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

no specific one!

Sebab sesuatu lagu tu boleh jadi my faveret song untuk beberapa hari je

bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

23rd of September 1988

Sambut @ rumah sewa jalan gombak :)


Lima rakan Blogger yang korang nak tag


Kak Deena

afeefah

Si para-para

yuyun@ica

Ummi Jida


Melatidaisy sedang menikmati midsem holiday di rumah..so i’m, in happy mode ^_^



kalau minta pada angin, agar kenangan itu tidak hilang.. boleh tak? Pelangi, tolong jangan jauh.. biarlah hujan itu merintik dan sepi itu pergi..



Ombak, katakan pada pantai, jangan pernah menghakis hikayat itu. kerna sesungguhnya aku di sini, masih memerlukan memori ceritera itu.

p/s : Terjumpa cerita pelangi dan ombak ni kt facebook sorg adik ni.. akak pinjam ye ika ..kot2 la ika terjenguk blog akak..hehe..