Thursday, January 13, 2011

Dia Ingin Kita Lebih Cantik

بسم الله الرحمن الرحيم




Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian, mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yang cantik.



“Lihat cangkir itu,” kata si nenek kepada suaminya.



“Hmm, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” balas si datuk.



Ketika mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan itu berkata. “Terima kasih untuk perhatian kalian. Perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun satu hari, ada seseorang dengan tangan yang kotor melempar aku ke dalam roda berputar. Kemudian, dia mulai memutar-mutar hingga aku berasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, belum! Lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang kali. Berhenti! Berhenti! Teriakku lagi. Tapi orang itu terus saja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi, dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat.



Berhenti! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, belum! Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk, aku diserahkan kepada seorang wanita muda dan dia mulai mewarnai aku. Bau warna yang digunakannya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak.



Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tetapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas ‘menyeksaku’, aku dibiarkan sejuk.



Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam sebuah almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya kerana di dalam cermin di hadapanku adalah sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaan yang aku lalui sirna tatkala aku melihat diriku.”



PENGAJARAN: Begitulah Allah membentuk kita. Pada saat Allah SWT membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, itulah satu-satunya cara bagiNya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaanNya.



Anggaplah sebagai satu kebahagiaan apabila kita jatuh ke dalam pelbagai dugaan, kerana kita tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu menghasilkan buah yang matang supaya kita menjadi lebih baik dan utuh.



Apabila sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati kerana Dia sedang membentuk kita. Pembentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita.



Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji dalam kalan-Nya, “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Pada siapa lagi harus diletakkan sepenuh kepercayaan jika bukan pada Pencipta kita Yang Maha Agung.

Wallahu a’lam.

Sumber: Blues Selamanya, Isu 92.

Cerita di atas adalah perkongsian dari seorang rakan saya di facebook.Lama sudah saya tak update blog apatah lagi nak blogwalking dek kerana keadaan dan masa yg tidak mengizinkan. Alhamdulillah hari ini berkesempatan utk berkongsi, semoga ada manfaatNya bersama. Dalam tak sedar dah masuk minggu ke 5 untuk semester kedua tahun 3 pengajian saya di Taman Ilmu dan Budi ini, asaimen2 dah berderet dapat,semoga Allah permudahkan urusanku..ameen.. buat sahabat2 saya semoga kalian dalam rahmatNya selalu.. :)



..saya merindui melatidaisy yang dulu..



10 comments:

Siti Helmina Kamaruzaman said...

kak bilah, suka la entry neh.
the message is just so clear.
and i got it yeahh.
kurr kurr. tacing neh. hehe :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum..:)

Moga ukhti sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Sesungguhnya segala musibah atau bencana yang datang dari Allah itu merupakan satu ujian kepada kita, membentuk kita akan menghadapinya dengan redha dan menjadi kuat..

MuNie said...

salam ya ukhti.. :) smpat eh update blog mlm td. hehe. good.

thanks for sharing. a lot to tell u!

deena farhana said...

salam buat adikku tersayang...

kak deena doakan moga bilah sihat selalu dan sentiasa dlm rahmat lindungan Allah..

moga mudah semua urusan..berjaya dunia akhirat..

slm syg abadi dr kak deena buat bilah yg comel..

shameel Iskandar said...

Trima kasih atas perkongsian. Bila kita diuji itu makna Tuhan menyanyangi kita.

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

assalamualaikum,,,

sentap sikit baca entry ni,,,puas dok pike,,ape la ending nye,,

penuh makna ni,,

tambah dgn bckground music sentimental,,,errmm,,,

cemomoi said...

"sesungguhnya manusia dijadikan sebaik-baik kejadian..."

Cikguzam said...

salam melati,
Apa khbar sihat ke sekarang? harap malati sihat lah ye. Thanks ye kerana masih sudi melawat saya walaupun sekian lama saya terpaksa brhenti menulis baru2 ni.
Selamat maju jaya dlm pengajian ye

si para para said...

cerita yang mahal pengajarannya...

stdy btl2...hehe

si para para said...

tertunggu tunggu dan ternanti nanti..