بسم الله الرمن الرحيم

Saat kita tidak lagi mampu menghirup manisnya sari madu bunga
tetaplah setia menyiram tamannya
agar kelopak itu terus mekar dan harumnya sentosa
menyegarkan diriku mahupun dirimu tika singgah kelak melepas lelah..
Saat ombak tidak lagi mampu melewati pantai yang semakin sunyi seakan mati..
kirimkanlah gelora
agar lembut bebuihnya nanti bisa membelai hamparan suci
menyuburkan kembali sekeping hati
dan juga putih buihnya pasti
memadamkan titik-titik episod ngeri..
Saat hati tak bisa lagi bersama mengalun irama lantunan jiwa..
bisikkanlah kata
agar kalam doanya tidak pernah lenyap dimamah sakitnya nyata..
kerana kasih-Nya jua lah yang mengolah ceritera kita..
Kita, aku mahupun kamu…
dalam kembara mendidik jiwa
berkelana dan haluannya tak sama..
meskipun berbeza namun onaknya tetap ada
begitu jua ranjaunya yang berliku menduga..
Tabahlah..dan bersabarlah menghadapinya
dan yakinlah
moga penghujungnya nanti bernaungkan bayu redha..

10 sahabat menukilkan rasa:
perjalanan yang panjang... ada saat suka dan duka
السلم عليكم ورحمة الله
Moga sdri beroleh kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah Taala..
Jangan putus asa biarpun lambat memulakan langkah. Tiada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tiada batuan keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
kirimkanlah aku gelora.. kirimkanlah aku kata-kata.. aku mahukan buih perubahan.. mahukan sabun pencuci hati..
kerana kasih-Nya jua lah yang mengolah ceritera kita..
Tertarik dgn baikt2 ni... sbb hanya DIA yang tahu cerita hamba-Nya samapai habis.
Assalamu'alaikum Melati
Bersabar dan bersyukur, itulah kuncinya.. semua kita diuji.. supaya dapat kenali siapa diri kita sebenarnya.. mudah2an kita berjaya.. amiin
yakinlah kepada tuhan..
percaya pada janjinya..
berdoa sepenuh hati..
moga hidup di berkati...
bersabarlah......
mana tuan rumah..senyap je,. bz eh..
salam melati,
melati sihat????????
bz lagi ke ni..
Bersabar dan bersyukur atas segala ketentuan...
Itulah kualiti seorang insan...
Kesusahan hanya permulaan,yg diakhirnya akan menjelma kebahagian...
Post a Comment