Friday, July 8, 2011

Look Forward and Reach For Your Aim =)

Bismillahirrahmanirrahim...



Tidak jua sesukar itu untuk ku fahami..
Ombak resah yang membadai pantai..
Bencana yang hadir menghempas lagi
Memecah buih-buih keinsafan..

Walau dulu hidupmu berwarna warni..
Namun kupasti segalanya jua terselit mimpi..
Yang dikau galas bersama harapan..
Yang seringkali hilang dalam kegerhanaan ..
Dan akhirnya terkubur kesepian

Apapun jangan sesekali dianggap ia pembalasan
Bukan juga satu penyiksaan
Kerana setiap episod ujian
Diakhirnya pasti suatu kebesaran..

Seandainya masa mampu diputar
Cukuplah hanya untuk hati ini tersedar
Agar jelas Qada' dan Qadar
Biar terbongkar segala jahil dan mungkar..

Beristiqamahlah..
Bermujahadahlah..
Sebelum tiba masanya..
Sebelum kemas kafannya..

Dia Maha Pengampun..
Dia jua Maha Mendengar..
Amin...


~ we are not perfect, any of us, we make mistakes, we screw up, but then we forget n we move forward..atleast, we have the courage to feel..feel everything deeply.. ~

~ Pengalaman adalah guru terbaik, just look forward and reach for your aim ~

^_^



8 comments:

Cikguzam said...

Salam melati,
Apa khabar? harap melati sentiasa sihat dan belajar dengan baik, InsyaAllah =)

Solehah said...

Puitis Melati ni. akak ambil masa nak faham puisi ni. Setiap yang terjadi pasti ada kesudahan yang terbaik untuk kita kan. Wallahhuaklam.

Kakzakie said...

Selagi ada peluang diberi nafas untuk berada dibumi ini kita gunakan utk kebaikan agar tidak ada penyesalan ketika Izrael dtg menjemput....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga saudari sihat hendaknya..

Ujian itu untuk mengangkat derajat dan penghapusan dosa maka hendaknya engkau bersabar dengannya..

si para para said...

amin..
salam ramadhan sahabat...
semoga sehat sejahtera,..

cemomoi said...

assalamualaikum

waaa dah lama tak jenguk kat sini... dah cat baru pon, ada azam baru ni

moga sihat sokmo dan di bawah lindungan Aallah dalam bulan yang penuh berkah ini

si para para said...

bila nak update baru
:)
bz eh..tak pe..ambik masa..

cemomoi said...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat