Friday, November 25, 2011

Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم


Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

penulis asal : akh hilal asyraf


~~~~~~~~notakaki~~~~~~~~

assalamualaikum...semoga sahabat-sahabat melatidaisy dalam rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa..doakan kejayaan melatidaisy untuk semester yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi..salam rindu dari saya untuk kalian (^_^)

~fi amaanillah ~


6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya ukhti..

Moga sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Sebaik-baiknya sahabat yang kamu gauli adalah orang yang meminta kamu untuk bersahabat denganmu untuk kemanfaatan dirimu sendiri bukan kerana kemanfaatan baginya.

cemomoi said...

assalamualaikum wbt.

moga sihat sokmo di samping sahabat sejati yang dapat menghiasi peribadi kita

cun09 said...

salam adik kitee...

**moge sihat**

‎"Kawan yang baik ialah apabila kamu melihat wajahnya teringat ALLAH, apabila dengar percakapannya menambahkan kefahaman agama dan apabila melihat gerak-gerinya teringat mati"

aima said...

semoga adikku sukses

jedi said...

terus berjuang...semoga kamu berjaya...

si para para said...

:)