Sunday, January 30, 2011

Asam Pedas Ikan Patin

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, rumah saya kembali sunyi setelah ummi dan adik-adik ke sekolah dan abah pun ke tempat kerja. Tinggallah saya berdua bersama adik lelaki yang baru je sampai subuh tadi dari Sg Besi (UPNM). Tiba-tiba jam 9 lebih kereta ummi muncul kat depan rumah, rupanya ummi balik hantar adik saya yang kurang sihat,kat sekolah tadi dia muntah-muntah, terus dia jumpa ummi kat bilik sakit (kebetulan ummi adalah guru yang bertanggungjawab menjaga bilik sakit kt sekolah tu), kemudian ummi hantar balik rumah, bagi dia rehat kat rumah je. Tapi yang saya geram bila dah kat rumah elok je dia, siap main PS lepastu online lagi. Dah tak pening dan tak sakit katanya. Nasib baik baru tingkatan satu, kalau tingkatan 5 memang saya call ummi mintak ummi ambik dia bawak g sekolah balik.huhu.

Sebelum ummi gerak ke sekolah lepas hantar adik saya balik tadi dia request nak makan asam pedas ikan patin. Dia tanya tau buat ke tak, saya cakap tak tau tapi boleh buat.hehe..dalam hati saya cakap, “ape susah..google kan ade ” :) . Selama ni memang saya tak pernah masak sendiri asam pedas ikan patin ni, kalau masak sama-sama ngan ummi tu selalu la, tapi time tu dengar dan ikut arahan ummi je, bila kena masak sendiri mana ade orang nak bagi arahan lagi dah, pandai-pandai diri sendiri je ikut gerak hati :)

Lepas tu saya terus masuk bilik on laptop, terus google..berderet-deret keluar resipi asam pedas ikan patin ni,Kat sini saya paste kan resipi asam pedas ikan patin yang saya amik dari sini :

Bahan-bahan ( 1 kluarga boleh makan )
• 1 ekor ikan patin
• 4 ulas bawang merah-ditumbuk
• 3 ulas bawang putih-ditumbuk
• 2cm kunyit hidup-ditumbuk
• 1 btg serai dititik
• 3 btg daun kesum
• 1 bunga kantan-dibelah dua
• 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
• 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
• 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
• garam dan gula (ikut rasa)
• minyak masak
• sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan

Sebenarnya saya tak ikut 100% resepi kat atas, just untuk dijadikan panduan je. Saya tambahkan hirisan lengkuas sikit dan saya tak masukkan belacan. Kalau ikutkan yang ummi selalu masak dia masukkan sekali asam keping tapi takde plak asam keping kat dapur tadi, xpe, x menjejaskan pon..hehe.kuantiti bahan pun saya ubah sesuka hati je, Lagipun saya masak untuk 2 ekor ikan patin, family saya besar, seekor je tak cukup.lebih-lebih lagi ikan patin ni memang faveret semua orang dalam rumah ni (kecuali saya), saya makan cuma kurang gemar.hehe..daun kesum bukan main banyak saya bubuh tadi, dah gaya macam kebun daun kesum je dalam periuk tu (tashbih/perumpamaan yg agak melampau), hehe..nasib la..dah feveret saya. Orang lain makan asam pedas ikan patin sebab suka ikan, saya sebab suka daun kesum :)

ini hasilnya =)



Akhirnya kul 1.00pm saya dah siap masak. Tapi tak makan lagi pun..tunggu yang lain-lain balik dulu, sambil tu saya mengonlinekan diri sekejap and terasa nak update blog, terhasillah entri pasal masakan dan makanan ni. Baru saya perasan yang selama ni tak pernah-pernah saya cerita pasal makanan dan masak-memasak kat sini, sedangkan salah satu dari hobi saya adalah memasak.hehe..inshaAllah next time kalau ada kesempatan saya akan share lagi pengalaman saya di sini. Saya bukan tukang masak handalan pun, tapi suka dan puas hati kalau dapat tengok ummi abah dan adik-beradik makan masakan saya :)

I’ve promised to myself to finish one of my asaimen first b4 enjoy blogwalking for today. inshaAllah saya cuba.. indeed, i miss blogwalking so much. kat uia tak sempat pun nk bw ni. Till then..semoga kalian bahagia dalam rahmat-Nya sentiasa.jumpe lagi di next entri.. ^_^

Saturday, January 29, 2011

Pelangi dan Ombak

بسم الله الرحمن الرحيم

Alamak.. da bersawang blog ni..ape la yg tuan blog ni buat sampai tak nyempat nk bersihkan habuk2 kat sini kan? huhu.. biasa la, tuan blog ni student, jadi haruslah mengagihkan kasih sayang dan keutamaan mengikut priority, blog jangan majuk tau :)papepun arini tuan blog nak buat comeback.hehe.tak tau nk update ape..jawab tag pon ok kan? ^_^

tag dari munie

apa benda penting dalam hidup korang?

mardhatillah (keredhaan Allah)

betapa sia-sia nya hidup ini tanpa keberkatan dan keredhaan Allah, tidak bermakna kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan tanpa redha dari-Nya



benda terakhir yang korang beli gune duit korang?

tiket bas Mahligai Gombak-Besut 27.Januari.2011 :)


dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?


Kota Putra, Besut Terengganu..inshaAllah..

Tema yang tak membazirkan duit.hehe


adakah korang sedang bercinta sekarang?

alhamdulillah..kerana cinta-Nya saya masih lagi dapat bernafas hingga ke saat ini, saya masih lagi diberi peluang untuk memohon keampunan dan saya masih lagi diberi ruang untuk terus membaja iman. Terima Kasih Allah.

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

cinta yang abadi tiada akhirnya..semoga Dia juga mencintai dan merahmati saya..ameen..

di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

doa


novel/buku/majalah terakhir dibeli?



Buku untuk subjek Naqod (Arabic Traditional Criticism)

baru je beli last week..2nd text book utk subjek ni, first book ustaz dah abis ajar, skrg masuk 2nd book..my very killer subject maybe ^_^

apakah nama penuh korang?



Nabilah bt Hassan


antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

ummi

namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Kekasih Allah Muhammad Rasulullah S.A.W.

[ mesti hensem kan? Seindah peribadinya :) ]

adakah korang basuh baju korang sendiri?

yes, why not. :)
[copy ayat munie]

dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Makkah Al Mukarramah


pilih salah satu, peluk atau cium?

salam peluk cium buat munie ^_^

Semoga dia dalam rahmat Allah sentiasa walau di mana pun dia..


beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

1) sahabat baik sy since 26januari2004

2) dia sayang saya..dan dia tau yg saya sayang dia.haha :P

3) dia orang Jawa..pantang jumpa orang jawa mesti dia start nk ngomong jowo !


Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

1) my lappy

2) spek mata

3) my silver ring pemberian abah

4) Buku-buku berkaitan bahasa arab yg sy ada

5) hakikatnya semua benda yg kamu sayang tu bukan milikmu yang mutlak. Andai suatu hari nanti ia bukan lagi jadi milikmu maka kamu harus redha (peringatan buat diri sy).

lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

no specific one!

Sebab sesuatu lagu tu boleh jadi my faveret song untuk beberapa hari je

bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

23rd of September 1988

Sambut @ rumah sewa jalan gombak :)


Lima rakan Blogger yang korang nak tag


Kak Deena

afeefah

Si para-para

yuyun@ica

Ummi Jida


Melatidaisy sedang menikmati midsem holiday di rumah..so i’m, in happy mode ^_^



kalau minta pada angin, agar kenangan itu tidak hilang.. boleh tak? Pelangi, tolong jangan jauh.. biarlah hujan itu merintik dan sepi itu pergi..



Ombak, katakan pada pantai, jangan pernah menghakis hikayat itu. kerna sesungguhnya aku di sini, masih memerlukan memori ceritera itu.

p/s : Terjumpa cerita pelangi dan ombak ni kt facebook sorg adik ni.. akak pinjam ye ika ..kot2 la ika terjenguk blog akak..hehe..

Thursday, January 13, 2011

Dia Ingin Kita Lebih Cantik

بسم الله الرحمن الرحيم




Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian, mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yang cantik.



“Lihat cangkir itu,” kata si nenek kepada suaminya.



“Hmm, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” balas si datuk.



Ketika mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan itu berkata. “Terima kasih untuk perhatian kalian. Perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun satu hari, ada seseorang dengan tangan yang kotor melempar aku ke dalam roda berputar. Kemudian, dia mulai memutar-mutar hingga aku berasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, belum! Lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang kali. Berhenti! Berhenti! Teriakku lagi. Tapi orang itu terus saja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi, dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat.



Berhenti! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, belum! Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk, aku diserahkan kepada seorang wanita muda dan dia mulai mewarnai aku. Bau warna yang digunakannya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak.



Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tetapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas ‘menyeksaku’, aku dibiarkan sejuk.



Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam sebuah almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya kerana di dalam cermin di hadapanku adalah sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaan yang aku lalui sirna tatkala aku melihat diriku.”



PENGAJARAN: Begitulah Allah membentuk kita. Pada saat Allah SWT membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, itulah satu-satunya cara bagiNya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaanNya.



Anggaplah sebagai satu kebahagiaan apabila kita jatuh ke dalam pelbagai dugaan, kerana kita tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu menghasilkan buah yang matang supaya kita menjadi lebih baik dan utuh.



Apabila sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati kerana Dia sedang membentuk kita. Pembentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita.



Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji dalam kalan-Nya, “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Pada siapa lagi harus diletakkan sepenuh kepercayaan jika bukan pada Pencipta kita Yang Maha Agung.

Wallahu a’lam.

Sumber: Blues Selamanya, Isu 92.

Cerita di atas adalah perkongsian dari seorang rakan saya di facebook.Lama sudah saya tak update blog apatah lagi nak blogwalking dek kerana keadaan dan masa yg tidak mengizinkan. Alhamdulillah hari ini berkesempatan utk berkongsi, semoga ada manfaatNya bersama. Dalam tak sedar dah masuk minggu ke 5 untuk semester kedua tahun 3 pengajian saya di Taman Ilmu dan Budi ini, asaimen2 dah berderet dapat,semoga Allah permudahkan urusanku..ameen.. buat sahabat2 saya semoga kalian dalam rahmatNya selalu.. :)



..saya merindui melatidaisy yang dulu..