Friday, November 25, 2011

Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم


Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

penulis asal : akh hilal asyraf


~~~~~~~~notakaki~~~~~~~~

assalamualaikum...semoga sahabat-sahabat melatidaisy dalam rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa..doakan kejayaan melatidaisy untuk semester yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi..salam rindu dari saya untuk kalian (^_^)

~fi amaanillah ~