Wednesday, June 1, 2016

R.I.N.D.U

Bismillah....

Alhamdulillah cuti sekolah bermula lagi untuk dua minggu. Tak sabar menanti kehadiran Ramadhan. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk bertemu mu Ramadhan

Sekarang masih di kampung suami menghabiskan minggu pertama cuti sebelum menyambung minggu ke dua cuti persekolahan ini di teratak Ummi Abahku di Besut.

Alhamdulillah petang tadi sempat bawa anakanda Nawwal dan sepupu2 gegirlnya ke pantai. Pantai tetap menjadi destinasi wajibku setiapkali pulang ke kampung sejak menjadi anak rantau sejak 12 tahun yang lalu. Nawwal pun dah macam berjangkit hobi umminya. Seronok betul nawwal and the geng dapat main pasir pantai tadi. Balik Besut nanti Ummi janji akan bawa Nawwal ke Pantai Bukit Keluang pula.

Hurm..sedar tak sedar dah beberapa tahun tak menconteng di sini. Ruang ini akan tetap saya rindui. Alhamdulillah atas kenangan yang menjadi sebahagian rencah yang mewarnai babak kehidupan.

Salam rindu dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat kalian.

No comments: