Sunday, May 7, 2017

PBAKL 2017

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, petang tadi dapat juga ummi abi bawa Nawwal ke PWTC, spend time kt Pameran Buku Antarabangsa KL..cuci2 mata tengok buku. Tadi sampai pun dah nak dekat maghrib, alhamdulillah dapat parking visitor kt bawah, rm6 per entri during weekend ni, weekdays tak pasti plak berapa. Tapi dah takde weekdays dah sebab esok tamat nya PBAKL untuk tahun ni. Lepas parking terus naik ke surau untuk solat dulu. Hampir jam 8 baru keluar surau, so kami ada lebih kurang 1 jam je sebelum gerai2 tu tutup at 9pm. Tu la padan muka kami bertolak lewat sgt, actually nak turun btol2 lepas asar tp entah kenapa ummi abi boleh plak tercongok layan rakaman video MaharajaLawak Mega yang malam td punya :P itu yang kul 6.30 baru bertolak. Ikutkan tak jauh pun dari rumah.  

So disebabkan masa terhad, kami terus ke level 4 heading tu Ana Muslim Stall. Jalan-jalan kt situ sambil sambar dua tiga buku untuk nawwal. Bila suruh dia pilih sendiri, dia cuma amik purse budak comel ada gambar Ana Muslim. Ummi baik hati tambah lagi satu benda untuk nawwal, colourful wooden block. boleh nawwal main sambil kenal dan ingat warna.sekarang ni yang dia betol2 tak tertukar yellow n black je. Lepas tu baru turun jalan2 ke level bawah, turn abi plak cuci mata. Abi pun sambar sebiji je buku, satu cukup lah katanya, buat kenangan datang PBAKL tahun ni. Save bajet katanya, adoi sedih plak. Terus ummi rasa macam tak nak beli jugak,hahaha...rasa je laaa..padahalll :P 

Lepas abi dah puas cuci mata, konon2 kami nak balik la. tetiba ummi rasa nak ke tandas. Mintak abi tunggu kejap dengan nawwal kt tepi2 tu, nawwal dah diumpan dengan aiskrim, so dia behave la sambil tunggu ummi ke tandas. Jauh pulak tandasnya. Selesai ke tandas tetiba rasa nak masuk hall tempat geng Karangkraf berkampung. Dalam hati kata, masuk la kejap, nawwal pn dah dapat aiskrim. abi plak jenis baik hati bab menunggu ni dia tak kisah. Sekali masuk hall memang langkah kanan.kikiki Dorg tengah buat happy hour, ade lagi 8 min je, boleh amik 7 novel/buku ilmiah dengan harga rm30. mak aihh rasa murah sgt dah tu, terus join org lain berkerumun pilih buku,last2 dapat la jugak 7 biji. hahaha mane entah hilang perasaan tak nak beli tadi.huhu 

Gini la kekdahnya kalau gi pesta buku tanpa tujuan, memang tujuan nak cuci mata.save bajet punya pasal. hahaha orang lain siap berlist bagai, siap bawak luggage lagi senang nak angkut buku bawa balik. Tahun ni tak berkesempatan cuci mata kt stall Fajar Ulung, kalau cuci mata kat situ lagi lenguh bahu kot angkut buku. ummi mmg suka company tu sebab banyak buku2 arabic lagi2 untuk budak. yang borong 2 tahun lepas pn ade lagi nawwal duk belek walaupun tak faham :D 

Eh2, dah setahun tak hapdet. ingatkan dah tak pandai menaip kt blog...hahaha skali berjela jugak hasilnye.kih3 ummi tak berhajat nak nak kuburkan blog ni, inshaAllah akan diteruskan untuk tatapan nawwal bila besar nanti. Nama pun Blog Ummi Nawwal kan :) inshaAllah doakan ummi terus semangat menaip yek.heheh nah blanja gambar nawwal sekeping.. jumpa lagi <3 p="">

5 comments:

Anonymous said...

lama x kedengaran madah dari diriku...kemanakah menghilang....

Melatidaisy said...

Ade ni haaa...kebelakangan ni dah tak pandai bermadah. Current specialization is membebel pula

Anonymous said...

huhuhu...diriku dari blog sayap kehidupan pun sepi..

CikguZam said...

Assalamualaikum. Dijemput semua kenalan, guru dan yang mencintai pendidikan ke Page FB Rasmi saya, TEKNIK BERKESAN PIKAT MURID - CIKGU ZAM. Sila klik link dibawah.q
https://m.facebook.com/CikguMohdRopizam/

CikguZam said...

https://m.facebook.com/CikguMohdRopizam/